Loading...

Rosdy: Jambatan Gantung Pamah Aur Di Bina Semula Minggu Depan

Loading...
Rosdy: Jambatan Gantung Pamah Aur Di Bina Semula Minggu Depan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rosdy: Jambatan Gantung Pamah Aur Di Bina Semula Minggu Depan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Rosdy: Jambatan Gantung Pamah Aur Di Bina Semula Minggu Depan
link : Rosdy: Jambatan Gantung Pamah Aur Di Bina Semula Minggu Depan

Baca juga


Rosdy: Jambatan Gantung Pamah Aur Di Bina Semula Minggu Depan


JERANTUT: Isu jambatan gantung uzur di Kampung Pamah Aur dekat Lipis, yang viral sejak pagi tadi, dianggap selesai susulan penjelasan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Wan Rosdy yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Pahang, berkata permohonan kerja baik pulih jambatan itu sudah diluluskan Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 21 Disember lalu.

"Saya terkejut mendapat tahu mengenai rakaman klip video itu. Saya sudah berjumpa dengan individu dalam klip video iaitu Abdul Jalil Sulaiman dan beliau berpuas hati selepas mendengar penjelasan yang diberikan.

"Beliau juga meminta maaf dengan kejadian itu. Saya harap, jika ada penduduk kawasan berkenaan yang tidak berpuas hati atau mempunyai sebarang persoalan berhubung masalah di kawasan mereka, tolong datang bertemu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau penghulu atau berjumpa dengan saya sendiri," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Beliau turut berkongsi dokumen kelulusan permohonan projek baik pulih jambatan gantung terbabit melalui aplikasi WhatsApp.

Berdasarkan surat kelulusan itu, peruntukan sebanyak RM462,414,40 sudah diluluskan JKR untuk kerja baik pulih yang dijadualkan akan dimulakan pada Isnin depan.

Wan Rosdy turut memaklumkan pihak JKKK juga menyediakan bot untuk memudahkan penduduk menyeberangi sungai berkenaan.

"Saya anggap isu ini adalah salah faham antara keluarga itu dengan pihak kami... saya harap perkara ini tidak diperbesarkan... anggaplah ia sudah selesai," katanya.

Dalam klip video berdurasi satu minit dua puluh tiga saat (1:23) itu, seorang bapa bersama anaknya dilihat sedang menyeberangi sungai menggunakan jambatan gantung yang uzur untuk menghantar anaknya ke sekolah.

Difahamkan, klip video itu dirakam isteri kepada lelaki berkenaan dan mendapat perhatian daripada netizen.

Selain kecaman terhadap Kerajaan Negeri yang dilihat gagal menyediakan infrastruktur sempurna kepada penduduk, ada juga netizen mengecam tindakan ibu bapa berkenaan yang dilihat membahayakan nyawa anak sendiri. #sumber


Thus Article Rosdy: Jambatan Gantung Pamah Aur Di Bina Semula Minggu Depan

Itulah artikel Rosdy: Jambatan Gantung Pamah Aur Di Bina Semula Minggu Depan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Rosdy: Jambatan Gantung Pamah Aur Di Bina Semula Minggu Depan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/01/rosdy-jambatan-gantung-pamah-aur-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rosdy: Jambatan Gantung Pamah Aur Di Bina Semula Minggu Depan"

Catat Ulasan

Loading...