Loading...

Dr M ‘kurang yakin’ dengan manifesto Pakatan Harapan

Loading...
Dr M ‘kurang yakin’ dengan manifesto Pakatan Harapan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dr M ‘kurang yakin’ dengan manifesto Pakatan Harapan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dr M ‘kurang yakin’ dengan manifesto Pakatan Harapan
link : Dr M ‘kurang yakin’ dengan manifesto Pakatan Harapan

Baca juga


Dr M ‘kurang yakin’ dengan manifesto Pakatan Harapan

TH E MALAYSIAN TIMES
 


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membayangkan yang beliau ‘kurang yakin’ dengan kemampuan Pakatan Harapan untuk melaksanakan segala manifesto pilihan rayanya.

“Kita sudah membuat 60 janji-janji dan kita harap kita akan dapat laksanakan walaupun mungkin tidak seperti yang diharapkan oleh rakyat,” katanya.

Katanya dengan kemampuan kewangan yang ada, tidak mungkin Pakatan Harapan boleh menampung janji-janji yang keterlaluan.

Oleh sebab itu Pakatan Harapan akan membuat janji setakat yang mampu ia tunaikan sahaja, kata pengerusi Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Menara Yayasan Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata manifesto Pakatan Harapan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Dr Mahathir berkata, kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana manifesto daripada pemimpin mereka yang melontarkan cadangan atas kapasiti peribadi.

“Kita sedar bahawa sebelum kita menyiapkan manifesto, ramai daripada pemimpin Pakatan Harapan yang telah membuat kenyataan tertentu, tetapi kita (Pakatan Harapan) tidak terikat dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat itu,” kata beliau.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata Pakatan Harapan akan membuat rayuan kepada mahkamah Khamis ini berikutan tindakan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang masih tidak memberi respons terhadap permohonan mereka untuk menjadi komponen parti pembangkang.

Dilapor, Pakatan Harapan telah menghantar permohonan sejak pertengahan tahun lepas dan mahu isu itu diselesaikan untuk bertanding pada pilihan raya raya umum ke-14 nanti.



Thus Article Dr M ‘kurang yakin’ dengan manifesto Pakatan Harapan

Itulah artikel Dr M ‘kurang yakin’ dengan manifesto Pakatan Harapan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dr M ‘kurang yakin’ dengan manifesto Pakatan Harapan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/dr-m-kurang-yakin-dengan-manifesto.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dr M ‘kurang yakin’ dengan manifesto Pakatan Harapan"

Catat Ulasan

Loading...