Loading...

Kes saman terhadap Zuraida dibicarakan 23 Julai

Loading...
Kes saman terhadap Zuraida dibicarakan 23 Julai - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kes saman terhadap Zuraida dibicarakan 23 Julai, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kes saman terhadap Zuraida dibicarakan 23 Julai
link : Kes saman terhadap Zuraida dibicarakan 23 Julai

Baca juga


Kes saman terhadap Zuraida dibicarakan 23 Julai

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan empat hari bermula 23 Julai untuk perbicaraan kes saman difailkan Penolong Setiausaha Persekutuan Catur Malaysia Sophian A. Yusuf terhadap Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin.

Saman itu dikemukakan atas dakwaan Zuraida mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah berhubung tindakan Sophian tidak membenarkan seorang kanak-kanak perempuan yang memakai skirt pendek daripada menyertai pertandingan catur yang berlangsung pada tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Rohani Ismail menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Mohd Haris Abdullah yang mewakili Sophian manakala peguam Shahid Adli Kamarudin bertindak bagi pihak Zuraida selaku defendan.

Shahid ketika ditemui pemberita berkata mahkamah turut menetapkan 13 April untuk pengurusan kes.

Sophian, 44, selaku plaintif memfailkan saman itu pada 20 Nov 2017 selepas mendakwa Zuraida, 60, mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah pada 29 April 2017 berhubung tindakannya tidak membenarkan kanak-kanak berusia 12 tahun itu daripada menyertai pertandingan catur yang diadakan di Putrajaya pada 14 hingga 16 April 2017.

Dalam pernyataan tuntutan, Sophian, yang ketika itu dilantik sebagai pengarah pertandingan bagi Kejuaraan Catur Scholastic Kebangsaan 2017 mendakwa kenyataan itu telah diterbitkan oleh akhbar dan beberapa portal termasuk MalaysiaKini dan Sin Chew Daily, semata-mata untuk mengaibkan dan menjatuhkan reputasi serta integriti beliau selaku orang ternama dan terkenal dalam dunia catur tempatan dan antarabangsa.

Plaintif turut mendakwa kenyataan itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang pedophilia dan terangsang apabila melihat skirt pendek yang dipakai kanak-kanak perempuan berkenaan selain mendakwa beliau berpotensi untuk melakukan salah laku seks.

Oleh itu, plaintif menuntut perintah mahkamah supaya defendan menarik balik kenyataan itu dan memohon injunksi kekal untuk melarang defendan atau wakil atau agennya daripada menerbitkan semula kenyataan berkenaan selain menuntut permohonan maaf daripada defendan.

Turut dituntut ganti rugi am, khas, teladan dan teruk, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Zuraida dalam penyataan pembelaan yang difailkan pada 18 Jan lepas, mendakwa kenyataan yang dikeluarkannya hanya berdasarkan pendapat yang diberikan secara komen berpatutan tanpa sebarang niat jahat.– Bernama



Thus Article Kes saman terhadap Zuraida dibicarakan 23 Julai

Itulah artikel Kes saman terhadap Zuraida dibicarakan 23 Julai Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kes saman terhadap Zuraida dibicarakan 23 Julai dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/kes-saman-terhadap-zuraida-dibicarakan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kes saman terhadap Zuraida dibicarakan 23 Julai"

Catat Ulasan

Loading...