Loading...

JKM: Bilangan Mangsa Banjir Di Pahang Meningkat 4,870 Orang !

Loading...
JKM: Bilangan Mangsa Banjir Di Pahang Meningkat 4,870 Orang ! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk JKM: Bilangan Mangsa Banjir Di Pahang Meningkat 4,870 Orang !, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : JKM: Bilangan Mangsa Banjir Di Pahang Meningkat 4,870 Orang !
link : JKM: Bilangan Mangsa Banjir Di Pahang Meningkat 4,870 Orang !

Baca juga


JKM: Bilangan Mangsa Banjir Di Pahang Meningkat 4,870 Orang !


KUANTAN: Bilangan mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 4,870 mangsa daripada 1,337 keluarga sehingga jam 6.15 petang tadi.

Semua mangsa di lima daerah terlibat, Kuantan, Rompin, Pekan, Maran  dan Jerantut kini ditempatkan di 38 pusat pemindahan.

Berdasarkan laporan Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),  Kuantan mencatatkan bilangan mangsa tertinggi 3,931 orang daripada 1,093 keluarga yang kini ditempatkan di 24 pusat pemindahan.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding bilangan yang dicatatkan pada jam 12 tengahari iaitu 2,007 mangsa daripada 576 keluarga dan  14 pusat pemindahan dibuka.

Antara pusat pemindahan yang dibuka di daerah ini termasuk di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Besar (641 mangsa), Wisma Belia (635 mangsa)SJKC Chung Ching (527 mangsa), SMK Pandan (402 mangsa)  Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Abdul Samad (267 mangsa), (SMK) Gudang Rasau ( 263 mangsa), Dewan Orang ramai Jaya Gading (199 mangsa),SMK Pandan (504 mangsa) dan Dewan Orang Ramai Seri Damai (156 mangsa).

“Manakala di daerah  Rompin, bilangan mangsa turut meningkat kepada 644 berbanding  633 mangsa sebelum ini melibatkan 171 keluarga dengan sembilan pusat pemindahan antaranya Balai Raya Kampung Setajam (178 mangsa), SK Sarang Tiong, Kuala Rompin (159 mangsa) dan SMK Pontian Jaya (82 mangsa)

“Turut terjejas beberapa kawasan di daerah Pekan apabila bilangan mangsa turut meningkat daripada 70 mangsa dari 17 keluarga yang dicatatkan pada jam 12 tengahari kepada 204 mangsa  dari 52 keluarga terjejas,”katanya.

Semua mangsa dari empat buah kampung yang terjejas di Pekan itu kini ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya, Nenasi.

Sebuah lagi pusat pemindahan di buka di Jerantut menjadi dua pusat setakat ini iaitu di Dewan Serbaguna Jerantut Feri dan Balai raya Kampung Besul menempatkan 19 mangsa    daripada lima keluarga.

Sementara itu, Surau Kampung Bintang dan pusat pemindahan Kampung baru Sungai Chedong menjadi antara pusat pemindahan terawal  dibuka di daerah Maran apabila 72 mangsa dari 16 keluarga di daerah itu terpaksa dipindahkan akibat banjir. #sumber


Thus Article JKM: Bilangan Mangsa Banjir Di Pahang Meningkat 4,870 Orang !

Itulah artikel JKM: Bilangan Mangsa Banjir Di Pahang Meningkat 4,870 Orang ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel JKM: Bilangan Mangsa Banjir Di Pahang Meningkat 4,870 Orang ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/01/jkm-bilangan-mangsa-banjir-di-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "JKM: Bilangan Mangsa Banjir Di Pahang Meningkat 4,870 Orang !"

Catat Ulasan

Loading...