Loading...

Susah Sangat Ke Nak Asingkan Sampah Atau Bayar RM250

Loading...
Susah Sangat Ke Nak Asingkan Sampah Atau Bayar RM250 - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Susah Sangat Ke Nak Asingkan Sampah Atau Bayar RM250, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Susah Sangat Ke Nak Asingkan Sampah Atau Bayar RM250
link : Susah Sangat Ke Nak Asingkan Sampah Atau Bayar RM250

Baca juga


Susah Sangat Ke Nak Asingkan Sampah Atau Bayar RM250

Susah Sangat Ke Nak Asingkan Sampah Atau Bayar RM250

Denda sebanyak RM250 boleh dikenakan pada penduduk yang gagal mematahui Operasi Kawal Selia Pengasingan Sampah yang ditetapkan MBPP. (Gambar: Eiylla Syaharith)

Usaha mendidik masyarakat di negara ini mengasingkan sampah bukan perkara mudah untuk dilaksanakan apatah lagi tabiat segelintir membuang sampah di merata tempat masih lagi berlaku. Siapa yang patut dipersalahkan? dalam mengatasi isu sampah yang semakin banyak dibuang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengambil inisiatif melaksanakan Operasi Kawal Selia Pengasingan Sampah bermula 1 Jun lalu.

Seperti dijangka ia mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada orang ramai. Malah, masih terdapat segelintir penduduk yang keliru dengan arahan tersebut selain mempertikai denda RM250 yang dikenakan jika gagal berbuat demikian adalah sesuatu yang tidak wajar.

Bagi peniaga, Alias Iskandar, 39, pelaksanaan yang dilakukan MBPP adalah satu usaha yang cukup baik kerana berjaya melangkau ke arah fasa baru. Jika dulu tiada tindakan dilakukan atau diberikan sehingga orang ramai bertindak membuang sampah merata-rata tanpa rasa bersalah.

"Jika dikuatkuasakan undang-undang seperti denda atau apa sahaja, masyarakat perlu patuh dan akur dengan segala arahan tersebut. Saya juga akur dengan segala arahan diberikan MBPP selain mengharapkan arahan yang ditetapkan itu juga terbaik dan selamat," katanya kepada Rojak Daily Skop!,

Seorang kakitangan MBPP meletakkan notis di sebuah kediaman penduduk ketika menjalankan operasi di Taman Sri Nibong, Pulau Pinang baru-baru ini.

Setiausaha Bandaran MBPP, Yew Tung Seang berkata, sebelum ini pelbagai pendekatan, penerangan dilakukan MBPP yang bertindak turun padang bertemu dengan penduduk dan memberitahu matlamat operasi ini dijalankan.

"Masyarakat perlu tahu bagaimana MBPP dapat mengasingkan bahan kitar semula dengan sampah sejak tahun lalu dan ia mudah difahami. Satu peraturan mengenai operasi khas dikenali sebagai Ops Kawal Selia Pengasingan Sisa telahpun diadakan di sebuah resoran.

"Dalam peraturan itu segala peraturan yang ditetapkan perlu dipatuhi orang ramai yang tinggal sama ada di kawasan perumahan kos sederhana rendah, kediaman bertingkat," katanya.

Yew Tung Seang (kanan) meninjau Operasi Kawal Selia Pengasingan Sampah yang dijalankan MBPP sejak 1 Jun lalu.

Menurutnya, sejak adanya arahan itu pada tahun lalu, ia memberi pelbagai reaksi termasuk ada yang menerima dan ada yang menolaknya.

"Setiap penduduk di kediaman bertanah perlu menempatkan bahan buangan seperti kertas, plastik dan bekas aluminium di tepi tong sampah. Bagi penghuni kediaman bertingkat pula, badan pengurusan bersama akan mengendalikan sistem pengasingan bahan buangan manakala jawatankuasa pengurusan pangsapuri perlu menyediakan ruang untuk penduduk berkenaan meletakkan sampah termasuk bahan kitar semula," katanya.

Tun Seang berkata, pihaknya kini sudah menguatkuasa operasi sejak 1 Jun dan kira-kira 100 notis serta pengasingan sampah telah dikeluarkan membabitkan kawasan di Bukit Gedung, Bayan Baru dan Taman Hijau, Jelutong. Dalam operasi itu sejumlah 31 notis dan 19 pengasingan di Bukit Gedung manakala 27 notis dan 23 pengasingan sampah dilakukan di Taman Hijau, Jelutong serta tumpuan di kawasan Taman Sri Nibong juga tidak terkecuali apabila lebih 100 notis dikeluarkan.

"Tempoh selama setahun sudah diberikan kepada semua untuk membiasakan diri dengan dasar yang ditetapkan dan arahan perlu dipatuhi dan sekiranya gagal denda RM250 akan dikenakan terhadap mereka," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qRQohe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Susah Sangat Ke Nak Asingkan Sampah Atau Bayar RM250

Itulah artikel Susah Sangat Ke Nak Asingkan Sampah Atau Bayar RM250 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Susah Sangat Ke Nak Asingkan Sampah Atau Bayar RM250 dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/susah-sangat-ke-nak-asingkan-sampah_4.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Susah Sangat Ke Nak Asingkan Sampah Atau Bayar RM250"

Catat Ulasan

Loading...