Loading...

Lagi ahli PPBM Larut keluar parti sertai Umno

Loading...
Lagi ahli PPBM Larut keluar parti sertai Umno - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lagi ahli PPBM Larut keluar parti sertai Umno, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Lagi ahli PPBM Larut keluar parti sertai Umno
link : Lagi ahli PPBM Larut keluar parti sertai Umno

Baca juga


Lagi ahli PPBM Larut keluar parti sertai Umno

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
TAIPING: Empat lagi anggota PPBM Larut yang diketuai bekas ketua bahagian Larut Mohd Radzi Ramli hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyertai Umno.
 
Mohd Radzi berkata tindakan itu dilakukan kerana hilang kepercayaan terhadap parti itu yang hanya memperjuangkan kepentingan individu tertentu sahaja selain berlaku perpecahan dikalangan anggota jawatankuasa.
 
”Masing-masing (ahli parti Bahagian Larut) menunjukkan kehebatan serta menonjolkan diri dan saling pijak memijak antara satu sama lain untuk dipilih sebagai calon bagi pilihan raya akan datang dan saya sebagai ketua bahagian pun disisihkan begitu saja.
 
“Saya telah dijadikan batu loncatan untuk kepentingan mereka atau individu tertentu sahaja. Saya individu yang menubuhkan BERSATU di sini semenjak tahun 2016 bersama beberapa orang rakan yang lain telah dipinggirkan,” katanya dalam sidang media di Taiping hari ini.
 
Tiga lagi anggota PPBM yang keluar parti pada hari ini termasuklah ketua Srikandi PPBM bahagian Larut Rosnani Wahab dan dua anggota biasa.
 
Sementara itu, Anggota Majlis Tertinggi Umno yang juga anggota Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Umno tidak pernah meminggirkan anggotanya atas sesuatu kepentingan.
 
“Ia sudah menjadi kebiasaan, pembangkang bila nak dekat PRU14, baru nampak sikap diktator yang dilakukan pemimpin besar mereka. Barulah nampak kuku besi, sebelum itu dia guna mereka (anggota PPBM) dan bila sampai pada waktunya barulah orang akan nampak apa berlaku sebenarnya,” katanya.
 
Beliau berkata Umno sentiasa menerima mereka yang ingin kembali kepada parti itu dengan hati yang terbuka.
 
“Kita percaya ramai lagi akan kembali dan mari kita teruskan perjuangan asal kita, perjuangan datuk nenek kita, bukan untuk sesiapa tetapi untuk membela nasib bangsa, agama dan negara,” katanya.
 
Pada Feb lepas, 50 anggota PPBM Larut yang diketuai bekas ketua penaja dan setiausahanya Shafie Mohd Khairy juga keluar parti dan menyertai Umno.
 
 


Thus Article Lagi ahli PPBM Larut keluar parti sertai Umno

Itulah artikel Lagi ahli PPBM Larut keluar parti sertai Umno Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Lagi ahli PPBM Larut keluar parti sertai Umno dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/lagi-ahli-ppbm-larut-keluar-parti.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lagi ahli PPBM Larut keluar parti sertai Umno"

Catat Ulasan

Loading...