Loading...

Azmin mohon maaf, minta rakyat beri peluang

Loading...
Azmin mohon maaf, minta rakyat beri peluang - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Azmin mohon maaf, minta rakyat beri peluang, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Azmin mohon maaf, minta rakyat beri peluang
link : Azmin mohon maaf, minta rakyat beri peluang

Baca juga


Azmin mohon maaf, minta rakyat beri peluang

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
HULU KELANG: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memohon maaf kepada semua rakyat Selangor yang terkesan dengan krisis air yang berlaku sejak Selasa lalu.
 
Dalam masa sama, beliau turut meminta diberi peluang mempertahankan diri serta memberi penjelasan berhubung isu tersebut.
 
“Saya tidak mahu tuding jari kepada mana-mana pihak kerana keutamaan kerajaan negeri ketika ini adalah untuk menyelenggara kerja-kerja pembaikan di loji rawatan yang mengalami masalah.
 
“Saya mohon maaf kepada semua rakyat Selangor yang terkesan, bagi peluang kepada saya untuk menpertahankan diri dan beri penjelasan,” katanya ketika berucap pada Majlis Gotong-royong Perdana KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM) di Taman Seri Keramat, di sini hari ini.
 
Pada 7 Mac lalu, Perdana Menteri menegaskan masalah air yang berlaku di Selangor sehingga menyebabkan enam daerahnya kini berada dalam keadaan kritikal adalah berpunca daripada sikap kerajaan PKR negeri ini lebih mengutamakan agenda politik berbanding membela nasib rakyat.
 
Dalam pada itu, Azmin berkata, krisis air yang memberi kesan teruk kepada lebih 2 juta penduduk di sekitar Lembah Klang dijangka berakhir hari ini.
 
“Sehingga pagi ini, hampir 70 peratus kawasan yang terkesan sudah mendapat bekalan air.
 
“Oleh itu, kami menjangkakan masalah ini akan selesai seratus peratus selewat-lewatnya malam ini,” katanya.
 
Lebih dua juta penduduk di sekitar Lembah Klang sekali lagi terpaksa berdepan dengan gangguan bekalan air kali kedua untuk tahun ini, membabitkan 498 kawasan.
 
Gangguan itu berlaku disebabkan kerja-kerja pembaikan peralatan kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3).
 
Kerja-kerja pembaikan itu dijangka selesai dalam masa 10 jam sahaja namun, berlaku insiden yang tidak diingini apabila sistem mampatan udara di loji berkenaan pecah.
 
Ia turut mengakibatkan lima kakitangan Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) dan SPLASH cedera termasuk seorang parah.
 
Lantaran itu, masalah bekalan air berlarutan sehingga hari ini.
 
 


Thus Article Azmin mohon maaf, minta rakyat beri peluang

Itulah artikel Azmin mohon maaf, minta rakyat beri peluang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Azmin mohon maaf, minta rakyat beri peluang dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/azmin-mohon-maaf-minta-rakyat-beri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Azmin mohon maaf, minta rakyat beri peluang"

Catat Ulasan

Loading...