Loading...
Tajuk : PAS kekalkan bai'ah
link : PAS kekalkan bai'ah
PAS kekalkan bai'ah
ANTARAPOSTUMPAT: PAS akan tetap mengekalkan amalan bai'ah kepada calon-calonnnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, konsep dan dasar bai'ah dikekalkan manakala sebarang lafaz tambahan bergantung kepada PAS negeri.
“Tambah-tambahan itu mengikut keadaan negeri masing-masing, kita sudah ada asas dan kita berpegang kepada asas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kali Ke-61 PAS Kawasan Tumpat di Dewan Bunga Raya, Pantai Sri Tujuh di sini hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya Abdul Hadi berkata, PAS meminta ahli wala’ atau setia kepada Allah dan Rasul serta taat kepada parti dalam perkara yang tidak maksiat.
“Kita ikat pemimpin kita dengan bai'ah, baiah maknanya jual, kita jual diri, harta, keluarga dan nikmat kepada Allah.
“Bai'ah ini lebih daripada sumpah, orang yang tidak ada feqah politik akan anggap ia perkara sambil lewa, mereka akan bebas buat apa sahaja.
“Politik kita ada perhitungan dosa dan pahala, bukan puak-puak yang anggap boleh buat dosa politik, boleh langgar bai'ah, duit banyak buat umrah, (dosa) selesai begitu sahaja,” katanya.
Thus Article PAS kekalkan bai'ah
Itulah artikel PAS kekalkan bai'ah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel PAS kekalkan bai'ah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/pas-kekalkan-baiah.html
0 Response to "PAS kekalkan bai'ah"
Catat Ulasan