Loading...
Tajuk : Pulau Kukup:TMJ serang Balas, "Nyanyuk", "Malaikat pun Salah"
link : Pulau Kukup:TMJ serang Balas, "Nyanyuk", "Malaikat pun Salah"
Pulau Kukup:TMJ serang Balas, "Nyanyuk", "Malaikat pun Salah"
Tunku Mahkota Johor itu yang tidak menamakan pemimpin terbabit berkata, individu berkenaan selalu berfikiran dirinya betul malah malaikat pun melakukan kesalahan.
"Siapa yang membangunkan Pulau Kukup? Dah terangkan empat kali..ow i see.. Nyanyuk! Its ok. Malaikat pun salah. Picasso, kawal atuk kamu ni.
"Jangan putar belit! Jika satu masa dahulu sebelum ini kamu boleh putar belit kerana mengawal media. Sekarang? Selamat datang 2018," tulisnya dalam akaun Twitter milik baginda, hari ini.
Kelmarin Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar dalam kenyataannya berkata, Kabinet yang bermesyuarat semalam berpandangan status Pulau Kukup di Johor perlu dikekalkan bagi memastikan kawasan tersebut terus kekal sebagai pulau paya bakau tidak berpenghuni kedua terbesar di dunia dan satu-satunya di perairan Johor.
Bagaimanapun, Tunku Ismail sebelum itu bertitah, Pulau Kukup akan diubah status menjadi tanah kesultanan bagi memastikan kawasan itu lebih terjaga dan dilindungi selepas ini.
Hari ini Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, kerajaan Pusat bukan orang luar yang tidak boleh masuk campur dalam urusan pembangunan tanah di sesebuah negeri di negara ini.
Perdana Menteri berkata, kerajaan Pusat bertanggungjawab ke atas semua perkara yang berlaku di seluruh negara. - UTUSAN ONLINE #CelahGelegar
Thus Article Pulau Kukup:TMJ serang Balas, "Nyanyuk", "Malaikat pun Salah"
Itulah artikel Pulau Kukup:TMJ serang Balas, "Nyanyuk", "Malaikat pun Salah" Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pulau Kukup:TMJ serang Balas, "Nyanyuk", "Malaikat pun Salah" dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/12/pulau-kukuptmj-serang-balas-nyanyuk.html
0 Response to "Pulau Kukup:TMJ serang Balas, "Nyanyuk", "Malaikat pun Salah""
Catat Ulasan