Loading...

1MDB: DoJ Baru "Fail Saman Sivil", Tidak Wajar Kerajaan "Tubuh RCI" !

Loading...
1MDB: DoJ Baru "Fail Saman Sivil", Tidak Wajar Kerajaan "Tubuh RCI" ! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 1MDB: DoJ Baru "Fail Saman Sivil", Tidak Wajar Kerajaan "Tubuh RCI" !, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 1MDB: DoJ Baru "Fail Saman Sivil", Tidak Wajar Kerajaan "Tubuh RCI" !
link : 1MDB: DoJ Baru "Fail Saman Sivil", Tidak Wajar Kerajaan "Tubuh RCI" !

Baca juga


1MDB: DoJ Baru "Fail Saman Sivil", Tidak Wajar Kerajaan "Tubuh RCI" !


SHAH ALAM: Tidak wajar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semata-mata kerana ada pihak berkuasa asing seperti Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan saman sivil.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, 'lebih-lebih lagi jika ia baru di peringkat fail dan belum dibicarakan di mahkamah'.

"Memetik kenyataan DoJ sendiri, "aduan melucut hak sivil hanyalah sekadar dakwaan yang menyebut bahawa terdapat wang atau harta yang terlibat atau merupakan hasil dari perlakuan jenayah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, jelas Puad lagi dakwaan-dakwaan ini belum terbukti benar sehingga mahkamah membuat penghakiman yang memihak kepada Amerika Syarikat.

"Tidak ada sebarang sebab untuk menubuhkan RCI semata-mata kerana saman sivil yang belum membuktikan apa-apa lagi.

"Apatah lagi jika bersandarkan dokumen saman sivil terbaru yang difailkan oleh DOJ ke atas Kumpulan Hotel Viceroy, dana yang didakwa diselewengkan secara perundangannya tidak dipunyai atau dikawal selia oleh 1MDB, tetapi adalah dana yang dimiliki atau dikawal selia oleh pihak-pihak yang mempunyai perkaitan dan kepentingan dengan syarikat Aabar dan IPIC milik Abu Dhabi," katanya.

Terdahulu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa kerajaan menubuhkan RCI untuk menyiasat isu 1MDB.

Tuan Ibrahim dipetik berkata, "Isu ini perlu diselesaikan di dalam negara secepat mungkin supaya tiada pihak yang boleh mengambil kesempatan ke atas isu ini,". #sumber


Thus Article 1MDB: DoJ Baru "Fail Saman Sivil", Tidak Wajar Kerajaan "Tubuh RCI" !

Itulah artikel 1MDB: DoJ Baru "Fail Saman Sivil", Tidak Wajar Kerajaan "Tubuh RCI" ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 1MDB: DoJ Baru "Fail Saman Sivil", Tidak Wajar Kerajaan "Tubuh RCI" ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/1mdb-doj-baru-fail-saman-sivil-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "1MDB: DoJ Baru "Fail Saman Sivil", Tidak Wajar Kerajaan "Tubuh RCI" !"

Catat Ulasan

Loading...