Loading...

Promosi Bahan Api, Guna Poster "Gadis Shell" Di Tarik Balik Serta Merta

Loading...
Promosi Bahan Api, Guna Poster "Gadis Shell" Di Tarik Balik Serta Merta - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Promosi Bahan Api, Guna Poster "Gadis Shell" Di Tarik Balik Serta Merta, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Promosi Bahan Api, Guna Poster "Gadis Shell" Di Tarik Balik Serta Merta
link : Promosi Bahan Api, Guna Poster "Gadis Shell" Di Tarik Balik Serta Merta

Baca juga


Promosi Bahan Api, Guna Poster "Gadis Shell" Di Tarik Balik Serta Merta


PETALING JAYA: Shell pada Isnin memutuskan untuk menarik balik semua papan poster yang memaparkan seorang wanita mempromosikan bahan api dari rangkaian stesen minyaknya di seluruh negara, berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu susulan gambar-gambar menunjukkan beberapa lelaki bertindak tidak senonoh terhadap model wanita pada poster berkenaan sehingga tular di media sosial.

Shell dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, ia tidak akan membiarkan tindakan kurang sopan yang jelas bertentangan dengan nilai teras syarikat itu dan budaya rakyat Malaysia.

“Kami menggesa semua orang ramai dan netizen supaya tidak lagi berkongsi lagi imej-imej ini. Papan poster ini akan ditarik balik dari semua stesen minyak kami berkuat kuasa serta-merta,” menurut syarikat minyak itu.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki yang mengaku sebagai salah seorang yang 'mencabul' model wanita pada posternya di stesen minyak tampil memohon maaf di atas tindakannya yang keterlaluan itu.

“Kepada semua yang mengenali dan tidak mengenali pun... saya memohon ampun dan maaf atas kesilapan yang saya buat dan saya sedar yang saya salah kerana bersikap tidak elok pada patung #gadisShell tersebut.

“Kepada keluarga #gadisShell, saya memohon ampun maaf zahir dan batin pada bulan yang mulia ini,” katanya menerusi paparan skrin akaun Instagram ‘_nasrulazmi’ yang dikongsikan di Facebook Mualim Mohd Fadhli pada Ahad.

Sementara itu, model pada poster berkenaan, Nor Shafila Khairusalleh, 25, kesal dengan tindakan sekumpulan lelaki mencium dan memegang beberapa bahagian sensitifnya ketika bergambar.

Bagaimanapun, dia tidak akan mengambil tindakan terhadap individu-individu yang 'mencabul' poster gambarnya, sebaliknya memaafkan mereka.

Nor Shafila mula dikenali selepas papan posternya bersaiz separuh badan sedang memegang air mineral tular di media sosial.

Tidak lama kemudian, Nor Shafila 'muncul' sekali lagi dengan papan poster bersaiz badan penuh manusia mempromosikan bahan api Shell yang mempunyai Dynaflex.

Artikel berkaitan: Lelaki Cabul ‘Awek Shell’ Mohon Maaf dan Jangan Melampau!. #sumber


Thus Article Promosi Bahan Api, Guna Poster "Gadis Shell" Di Tarik Balik Serta Merta

Itulah artikel Promosi Bahan Api, Guna Poster "Gadis Shell" Di Tarik Balik Serta Merta Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Promosi Bahan Api, Guna Poster "Gadis Shell" Di Tarik Balik Serta Merta dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/promosi-bahan-api-guna-poster-gadis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Promosi Bahan Api, Guna Poster "Gadis Shell" Di Tarik Balik Serta Merta"

Catat Ulasan

Loading...