Loading...

Zaman Mahathir pun tiada cukai untuk projek kerajaan, kata bos Kastam

Loading...
Zaman Mahathir pun tiada cukai untuk projek kerajaan, kata bos Kastam - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Zaman Mahathir pun tiada cukai untuk projek kerajaan, kata bos Kastam, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Zaman Mahathir pun tiada cukai untuk projek kerajaan, kata bos Kastam
link : Zaman Mahathir pun tiada cukai untuk projek kerajaan, kata bos Kastam

Baca juga


Zaman Mahathir pun tiada cukai untuk projek kerajaan, kata bos Kastam

 
Ketua Pengarah Kastam membidas mereka yang mempersoalkan langkah pengecualian cukai GST melibatkan projek kerajaan seperti ECRL.





PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia hari ini mempertahankan keputusannya memberi sijil pelepasan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada kontraktor projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL), China Communications Construction Company (CCCC), dan berkata pengecualian cukai seperti itu bukan sesuatu yang baru.

“Sekiranya pelepasan ini tidak diberikan, kerajaan terpaksa menangung kos GST ke atas perolehan di mana kerajaan perlu menambahkan pinjaman untuk menampung kos GST atau mengalami kerugian,” kata Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy.

“Kita perlu ingat yang mendapat manfaat ialah rakyat kita sendiri bukan syarikat di negara China, sebab itu kita perlu faham makanisma GST.”

Subromaniam berkata kerajaan di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah memberikan pengecualian cukai kepada projek kerajaan seperti untuk pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang dan Stadium Bukit Jalil.

Projek besar yang mendapat pengecualian termasuk yang melibatkan pengeluar tenaga bebas (IPP),
terowong Smart, Express Rail Link (ERL) dan Mass Rapid Transport (MRT), kata Subromaniam.

Menurutnya, pengecualian itu memberi kesan terhadap kutipan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tetapi di bawah GST ia berbeza sedikit kerana kerajaan tidak kehilangan hasil”, katanya.

GST sebanyak 6% menggantikan SST sebagai cukai pengguna, berkuat kuasa April 2015.

Subromaniam turut mempertahankan sistem GST kerana ia mempunyai mekanisme untuk mengurangkan impak cukai itu kepada golongan yang disasarkan.

Reaksi Subromaniam itu selepas Naib Presiden Amanah Husam Musa memuat naik sijil pelepasan GST kepada projek ECRL, di bawah Seksyen 56(3)(a) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, yang memberikan kuasa kepada menteri kewangan untuk memberi pelepasan GST.

Beberapa pemimpin Pakatan Harapan mempersoalkan langkah itu.

“Kenapa rakyat Malaysia, syarikat tempatan dan kerajaan negeri sekalipun terpaksa menanggung GST sedangkan syarikat asing mendapat pelepasan GST?,” kata wakil rakyat DAP, Steven Sim.

Subromaniam berkata pihaknya terbuka untuk bersemuka dengan mereka yang mempersoalkan langkah itu.

“Bila kita tengok media sosial saya tak faham sama ada mereka faham isu percukaian atau sengaja nak timbulkan isu ini untuk kelirukan rakyat dan putar belit fakta.

“Kalau tak faham datang tanya kita kita bagi tahu. Saya merayu kepada mereka yang tak faham yang cuba memosongkan isu ini, hentikanlah.”

Katanya, “kekeliruan” yang ditimbulkan di media sosial menunjukkan perlunya undang-undang mengawal berita palsu.

“Jangan besarkan isu ini, kalau tak faham tanya, saya sokong Akta Berita Palsu.

“Cukuplah, sebab rakyat mudah keliru,” katanya.



Thus Article Zaman Mahathir pun tiada cukai untuk projek kerajaan, kata bos Kastam

Itulah artikel Zaman Mahathir pun tiada cukai untuk projek kerajaan, kata bos Kastam Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Zaman Mahathir pun tiada cukai untuk projek kerajaan, kata bos Kastam dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/zaman-mahathir-pun-tiada-cukai-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Zaman Mahathir pun tiada cukai untuk projek kerajaan, kata bos Kastam"

Catat Ulasan

Loading...