Loading...

Majlis Peguam "Gesa" Polis Siasat Peguam Terima Dana RM9.5 juta !

Loading...
Majlis Peguam "Gesa" Polis Siasat Peguam Terima Dana RM9.5 juta ! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Majlis Peguam "Gesa" Polis Siasat Peguam Terima Dana RM9.5 juta !, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Majlis Peguam "Gesa" Polis Siasat Peguam Terima Dana RM9.5 juta !
link : Majlis Peguam "Gesa" Polis Siasat Peguam Terima Dana RM9.5 juta !

Baca juga


Majlis Peguam "Gesa" Polis Siasat Peguam Terima Dana RM9.5 juta !

PETALING JAYA: Majlis Peguam mahu polis menyiasat tanpa rasa takut dan pilih kasih dakwaan Sarawak Report seorang peguam terkemuka menerima RM9.5 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Polis perlu menyiasat kes itu dengan mendalam kerana dakwaan itu sangat serius,” kata Presidennya, George Varughese.
Ketika bercakap, beliau berkata, terlalu awal bagi Majlis Peguam untuk merujuk peguam itu kepada Lembaga Disiplin Peguam Bela dan Peguam Cara kerana belum ada bukti yang cukup menunjukkan beliau melakukan salah laku profesional.
Varughese berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut membuat laporan polis semalam mendakwa peguam terkemuka itu, yang pernah bertindak sebgai pendakwa raya ad-hoc dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima wang daripada perdana menteri.
Syed Saddiq berkata beliau membuat laporan itu demi mengelak sebarang persepsi negatif terhadap sistem kehakiman Malaysia.
Laporan polis itu dibuat susulan laporan Sarawak Report awal minggu ini yang mendakwa RM9.5 juta telah dibayar dari akaun Najib.
Najib berhadapan dengan kecaman ekoran laporan The Wall Street Journal pada 2 Julai 2015 mendakwa RM2.6 bilion disalurkan ke dalam akaun bank peribadi beliau pada Mac 2013.
Bagaimanapun Najib menafikan sebarang salah laku sambil mendakwa wang itu adalah sumbangan kerabat diraja Arab Saudi untuk membiayai kempen pilihan raya umum Umno pada tahun 2013.
Beliau juga telah dibersihkan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali awal tahun lalu daripada sebarang kesalahan jenayah berhubung dengan derma itu.
Anwar, yang kini sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun bagi kesalahan kes liwat, juga mempersoalkan mengapa peguam tersebut telah dibayar dengan jumlah itu.
Semalam, beliau menggesa peguam kanan itu disiasat atas alasan dakwaan tersebut amat berat. #sumber


Thus Article Majlis Peguam "Gesa" Polis Siasat Peguam Terima Dana RM9.5 juta !

Itulah artikel Majlis Peguam "Gesa" Polis Siasat Peguam Terima Dana RM9.5 juta ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Majlis Peguam "Gesa" Polis Siasat Peguam Terima Dana RM9.5 juta ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/majlis-peguam-gesa-polis-siasat-peguam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Majlis Peguam "Gesa" Polis Siasat Peguam Terima Dana RM9.5 juta !"

Catat Ulasan

Loading...