Loading...

Amanah: Pengarah pilihan raya keluar parti tak beri masalah besar

Loading...
Amanah: Pengarah pilihan raya keluar parti tak beri masalah besar - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Amanah: Pengarah pilihan raya keluar parti tak beri masalah besar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Amanah: Pengarah pilihan raya keluar parti tak beri masalah besar
link : Amanah: Pengarah pilihan raya keluar parti tak beri masalah besar

Baca juga


Amanah: Pengarah pilihan raya keluar parti tak beri masalah besar

 
FMT difahamkan pelantikan pengarah baharu akan dilakukan 21 April ini.





PETALING JAYA: Tindakan Jaafar Samsudin meletakkan jawatan pengarah pilihan raya negeri dan mengumumkan keluar parti tidak beri masalah besar kepada Amanah Selangor, kata Pengerusi Izham Hashim.

Beliau berkata parti berfungsi seperti biasa dan FMT difahamkan pelantikan pengarah baharu akan dilakukan 21 April ini.

“Amanah Selangor tidak ada masalah untuk terima hakikat mana-mana pemimpin dan ahli-ahlinya yang ingin meninggalkan parti,” katanya.

Media hari ini melaporkan Jaafar meletakkan jawatan kerana terkilan parti mengetepikan gesaan “akar umbi” yang mahu anak tempatan di letakkan di Parlimen Kota Raja.

Presiden Amanah Mohamad Sabu dikatakan akan diletakkan sebagai calon Pakatan Harapan di situ.

Izham berkata ketiadakpuasan hati dalam isu pemilihan “perkara biasa”.

“Isu calon dan sebagainya yang berkaitan ditentukan melalui proses ketat dan melibatkan pimpinan kawasan, negeri dan nasional bukannya ditentukan seseorang pemimpin,” katanya.

Jaafar dalam suratnya kepada parti memberitahu alasannya meletakkan jawatan disebabkan ingin memberi tumpuan kepada keluarga.

Jaafar menyertai PAS pada 1998 dan memegang jawatan pengarah pilihanraya PAS Selangor dari 2002 hingga 2015, beliau kemudian meninggalkan parti Islam itu pada 2016 untuk menyertai Amanah.

Antara nama disebut akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Jaafar ialah Timbalan Ketua Amanah Gombak, Yazid Alias.

“Saya sudah dimaklumkan di peringkat parti untuk bersedia,” kata Yazid.



Thus Article Amanah: Pengarah pilihan raya keluar parti tak beri masalah besar

Itulah artikel Amanah: Pengarah pilihan raya keluar parti tak beri masalah besar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Amanah: Pengarah pilihan raya keluar parti tak beri masalah besar dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/amanah-pengarah-pilihan-raya-keluar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Amanah: Pengarah pilihan raya keluar parti tak beri masalah besar"

Catat Ulasan

Loading...