Loading...

Kecuaian Azmin buat rakyat derita, kata Khalid Ibrahim

Loading...
Kecuaian Azmin buat rakyat derita, kata Khalid Ibrahim - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kecuaian Azmin buat rakyat derita, kata Khalid Ibrahim, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kecuaian Azmin buat rakyat derita, kata Khalid Ibrahim
link : Kecuaian Azmin buat rakyat derita, kata Khalid Ibrahim

Baca juga


Kecuaian Azmin buat rakyat derita, kata Khalid Ibrahim

Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyelar kerajaan negeri yang kini dipimpin Datuk Seri Azmin Ali sebagai cuai ekoran sehingga kini masih gagal mengambil alih Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH).
 
Malah beliau mendakwa Azmin tidak serius langsung untuk berbuat demikian, apabila kerajaan negeri lebih memberi tumpuan tentang bagaimana mahu membayar lebih RM2.7bilion kepada SPLASH, dan bukannya untuk menyelesaikan isu air di Selangor.
 
"Ia adalah satu kecuaian yang jelas di pihak kerajaan negeri. 
 
"Kecuaian ini telah memberi ruang kepada pemegang saham SPLASH untuk mengaut lebih banyak untung sehingga mereka menjadi berani sebegini. 
 
"Seorang Menteri Besar sepatutnya berjuang untuk rakyat tetapi pergerakan mungkin terhad kerana terlalu kenyang hingga termuntah," katanya dalam satu status di laman sosial Facebooknya.
 
Lebih dua juta penduduk di sekitar Lembah Klang sekali lagi terpaksa berdepan dengan gangguan bekalan air kali kedua untuk tahun ini, membabitkan 498 kawasan.
 
Gangguan itu berlaku disebabkan kerja-kerja pembaikan peralatan kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3).
 
Kerja-kerja pembaikan itu dijangka selesai dalam masa 10 jam sahaja namun, berlaku insiden yang tidak diingini apabila sistem mampatan udara di loji berkenaan pecah.
 
Ia turut mengakibatkan lima kakitangan Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) dan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) cedera termasuk seorang parah.
 
Lantaran itu, masalah bekalan air berlarutan sehingga hari ini.
 
Walau bagaimanapun, menurut Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd, beberapa kawasan yang terjejas kini mula pulih secara berperingkat.
 
Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Abdul Raof Ahmad berkata, setakat pukul 7 pagi tadi, keseluruhan akaun yang terkesan adalah 73 peratus.
 
Namun katanya, bantuan bekalan melalui lori-lori tangki air akan digerakkan secara berterusan ke kawasan-kawasan yang masih dalam proses pemulihan dan Pusat Khidmat Setempat diaktifkan sehingga bekalan pulih sepenuhnya.
 
 


Thus Article Kecuaian Azmin buat rakyat derita, kata Khalid Ibrahim

Itulah artikel Kecuaian Azmin buat rakyat derita, kata Khalid Ibrahim Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kecuaian Azmin buat rakyat derita, kata Khalid Ibrahim dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/kecuaian-azmin-buat-rakyat-derita-kata.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kecuaian Azmin buat rakyat derita, kata Khalid Ibrahim"

Catat Ulasan

Loading...