Loading...
Tajuk : Pemburu terserempak 'Anaconda Sarawak' sedang mengawan
link : Pemburu terserempak 'Anaconda Sarawak' sedang mengawan
Pemburu terserempak 'Anaconda Sarawak' sedang mengawan
ANTARAPOSBINTULU: Bunyi bising dari dalam lubang sebatang kayu balak di kawasan belukar Sungai Kelawit, di sini, membawa penemuan seekor ular sawa betina bersaiz gergasi.
Mendapat jolokan 'Anaconda Sarawak', reptilia itu dengan berat melebihi 100 kilogram, ditemui kira-kira jam 4.45 petang oleh seorang pemburu di kawasan terbabit, selepas curiga dengan bunyi bising berkenaan.
Tertarik dengan bunyi bising itu, Tinsung Ujang, 60, kemudian menjenguk ke dalam lubang kayu terbabit dan terkejut melihat ular sawa gergasi sedang mengawan dengan seekot ular sawa jantan yang lebih kecil saiznya.
"Saya terkejut kerana tidak pernah ternampak ular sawa sedang mengawan iaitu sawa betina gergasi sepanjang lima meter, manakala pasangannya seekor ular sawa jantan bersaiz agak kecil.
"Ia luar biasa itu dan saya terus menembak kedua-dua reptilia itu kerana bagi masyarakat kami, ia hidangan eksotik yang menjadi lauk kegemaran," katanya ketika ditemui petang tadi.
Bagaimanapun, katanya, saiz reptilia itu yang agak besar dan berat menyukarkannya membawanya pulang ke rumah sebelum meminta bantuan beberapa rakan.
"Kami terpaksa 'membelah' kayu balak itu untuk mengeluarkan kedua-dua ular sawa berkenaan," katanya.
Tinsung berkata, ular sawa itu kemudian dibawa keluar dari kawasan belukar itu menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4WD) sebelum dipamerkan ke penduduk setempat.
"Ia kemudian dilapah dan dagingnya dibahagikan sama rata kepada penduduk kampung serta pekerja ladang berhampiran," katanya.
Thus Article Pemburu terserempak 'Anaconda Sarawak' sedang mengawan
Itulah artikel Pemburu terserempak 'Anaconda Sarawak' sedang mengawan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pemburu terserempak 'Anaconda Sarawak' sedang mengawan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/pemburu-terserempak-anaconda-sarawak.html
0 Response to "Pemburu terserempak 'Anaconda Sarawak' sedang mengawan"
Catat Ulasan