Loading...
Tajuk : Ku Nan: Kibarkan Bendera, Nyanyi Lagu UMNO Bagi Pupuk Semangat Patriotisme
link : Ku Nan: Kibarkan Bendera, Nyanyi Lagu UMNO Bagi Pupuk Semangat Patriotisme
Ku Nan: Kibarkan Bendera, Nyanyi Lagu UMNO Bagi Pupuk Semangat Patriotisme
KUALA LUMPUR: Tindakan pelajar Sekolah Kebangsaan Presint 14 di Putrajaya mengibarkan bendera dan menyanyikan lagu Umno pada awal bulan lalu tidak dipengaruhi faktor politik, sebaliknya ia bertujuan memupuk semangat patriotisme, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Setiausaha agung Umno itu mengakui amalan berkenaan dimulakan sejak 10 tahun lalu di sekolah terbabit dalam usaha menerap rasa kekitaan atau “sense of belonging” pelajar kepada Umno.
“Saya lakukan itu sejak 10 tahun lalu. Saya cuba terapkan ‘sense of belonging’.
“Sejarah Malaysia katakan Umno, MCA dan MIC yang merdekakan negara. Apa masalahnya pelajar nak kibarkan bendera,” katanya selepas berucap dalam Rumah Terbuka Deepavali Wilayah Persekutuan di bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hari ini.
Menteri wilayah persekutuan itu terkejut apabila pelajar sekolah rendah berkenaan pandai menyanyikan lagu Umno.
“Ramai yang sudah lupa, ini bukan elemen politik tapi semangat patriotisme,” kata ahli Parlimen Putrajaya itu.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan pelajar di sekolah itu menyanyikan lagu Umno ketika menyambut ketibaan Tengku Adnan dan mengibarkan bendera parti Melayu itu di dewan sekolah mereka. #sumber
Thus Article Ku Nan: Kibarkan Bendera, Nyanyi Lagu UMNO Bagi Pupuk Semangat Patriotisme
Itulah artikel Ku Nan: Kibarkan Bendera, Nyanyi Lagu UMNO Bagi Pupuk Semangat Patriotisme Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Ku Nan: Kibarkan Bendera, Nyanyi Lagu UMNO Bagi Pupuk Semangat Patriotisme dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/ku-nan-kibarkan-bendera-nyanyi-lagu.html
0 Response to "Ku Nan: Kibarkan Bendera, Nyanyi Lagu UMNO Bagi Pupuk Semangat Patriotisme"
Catat Ulasan