Loading...

Ceramah PH batal, penduduk Johor Bahru mengamuk

Loading...
Ceramah PH batal, penduduk Johor Bahru mengamuk - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ceramah PH batal, penduduk Johor Bahru mengamuk, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ceramah PH batal, penduduk Johor Bahru mengamuk
link : Ceramah PH batal, penduduk Johor Bahru mengamuk

Baca juga


Ceramah PH batal, penduduk Johor Bahru mengamuk

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Ceramah Pakatan Harapan (PH) di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru malam tadi terpaksa dibatalkan selepas menerima bantahan daripada penduduk tempatan.
 
ADUN Stulang Andew Chen Kah Eng menuduh gangguan itu berpunca daripada Umno dan BN.
 
"Umno BN telah salah gunakan kuasa mereka sebagai kerajaan untuk menakutkan orang supaya tidak beri ruang kepada kita untuk bertemu dengan rakyat," kata Chen dalam sidang akhbar yang disiar menerusi Facebook dari sebuah kedai makan di Kampung Bakar Batu.
 
Turut hadir ialah Anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Setiausaha HARAPAN Johor, Osman Sapian dari BERSATU dan Ketua Penerangan PKR Johor, Akmal Nasir.
 
Jeritan kemarahan boleh didengar ketika sidang media itu dirakamkan.
 
Osman mendakwa beliau menghadapi gangguan yang sama oleh pemuda yang memakai baju biru sebelum ini.
 
"Kalau baju biru, siapa dia. Iaitu orang Barisan Nasional. Pemuda Umno, Pemuda Barisan Nasional," katanya.
 
Ketika Osman bercakap dalam sidang media itu, seorang lelaki tua yang memakai kopiah putih menyampuk dengan suara yang kuat.
 
"Tolong jangan lebih-lebih. Cukup. Jangan libatkan Umno, saya tak suka. Jangan guna isu politik mengatakan Umno. Saya penduduk kampung," kata lelaki itu yang bertegang leher dengan Osman.
 
Keadaan kemudian menjadi semakin tegang dan seorang pemuda memakai topi biru memberitahu pemimpin PH untuk "relaks" dan "kita tak nak kecoh".
 
Selepas kekecohan itu reda, kamera diarahkan kepada Lim, yang enggan memberi komen sehingga mendapat penjelasan daripada Anggota Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad.
 
Kumpulan itu kemudiannya beredar dengan aman.
 
 


Thus Article Ceramah PH batal, penduduk Johor Bahru mengamuk

Itulah artikel Ceramah PH batal, penduduk Johor Bahru mengamuk Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ceramah PH batal, penduduk Johor Bahru mengamuk dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/ceramah-ph-batal-penduduk-johor-bahru.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ceramah PH batal, penduduk Johor Bahru mengamuk"

Catat Ulasan

Loading...