Loading...

Bunuh pegawai JAIP, hukuman mati pengikut 'Tuhan Harun' dikekalkan

Loading...
Bunuh pegawai JAIP, hukuman mati pengikut 'Tuhan Harun' dikekalkan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bunuh pegawai JAIP, hukuman mati pengikut 'Tuhan Harun' dikekalkan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bunuh pegawai JAIP, hukuman mati pengikut 'Tuhan Harun' dikekalkan
link : Bunuh pegawai JAIP, hukuman mati pengikut 'Tuhan Harun' dikekalkan

Baca juga


Bunuh pegawai JAIP, hukuman mati pengikut 'Tuhan Harun' dikekalkan

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Hukuman mati terhadap dua bekas pengikut kumpulan ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ kerana membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek, hampir lima tahun lalu, dikekalkan Mahkamah Rayuan.  
 
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohd Zawawi Salleh yang bersidang bersama Datuk Kamardin Hashim dan Datuk Rhodzariah Bujang memutuskan demikian selepas menolak rayuan Shamsinar Abdul Halim, 40, dan Sumustapha Suradi, 42.
 
Kuorum berkenaan berpendapat, wujud keterangan yang mencukupi bagi membuktikan tuduhan yang dikenakan terhadap perayu-perayu.
 
Panel tersebut juga berpuas hati bahawa keterangan dua saksi yang dilindungi yang merupakan rakan sejenayah perayu, disokong oleh keterangan bebas dan menguatkan kes pendakwaan.
 
Sehubungan itu, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 27 Disember 2016 yang mensabit dan menghukum kedua-duanya terhadap kesalahan membunuh mangsa.
 
Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Ahmad Raffli pada pukul 1.50 petang, 10 November 2013 di No.7, Lorong IM 2/29, Bandar Indera Mahkota. 
 
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ab. Karim Ab. Rahman  bagaimanapun melepas dan membebaskan isteri ketiga Harun Mat Saad, Azida Mohd. Zol, 34; pemandu mereka, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 41, dan Jefferi Safar, 40, kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan ketiga-tiganya berkonspirasi melakukan perbuatan itu.
 
Harun yang juga ketua kumpulan ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ meninggal dunia pada 16 Ogos 2016. Dia kemudian dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkonspirasi membunuh Ahmad Raffli selepas peguamnya, Amer Hamzah Arshad membuat permohonan menggugurkan pertuduhan terhadapnya.
 
Ahmad Rafli, 49, ditembak mati di bahagian kepala di hadapan rumahnya di Mahkota 2, Kuantan selepas seorang lelaki yang memakai jubah hitam dan berkopiah bertemu dengannya.
 
 


Thus Article Bunuh pegawai JAIP, hukuman mati pengikut 'Tuhan Harun' dikekalkan

Itulah artikel Bunuh pegawai JAIP, hukuman mati pengikut 'Tuhan Harun' dikekalkan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bunuh pegawai JAIP, hukuman mati pengikut 'Tuhan Harun' dikekalkan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/bunuh-pegawai-jaip-hukuman-mati.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bunuh pegawai JAIP, hukuman mati pengikut 'Tuhan Harun' dikekalkan"

Catat Ulasan

Loading...