Loading...

RoS tak 'peram' aduan daripada ahli PPBM - Surayati

Loading...
RoS tak 'peram' aduan daripada ahli PPBM - Surayati - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk RoS tak 'peram' aduan daripada ahli PPBM - Surayati, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : RoS tak 'peram' aduan daripada ahli PPBM - Surayati
link : RoS tak 'peram' aduan daripada ahli PPBM - Surayati

Baca juga


RoS tak 'peram' aduan daripada ahli PPBM - Surayati

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Semua aduan yang dibangkitkan ahli PPBM sedang diteliti, dan bukan 'diperam', kata Ketua Pengarah Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), Surayati Ibrahim.
 
Beliau berkata, siasatan terhadap semua 249 aduan yang dikemukakan ahli PPBM setakat ini berjalan lancar, sambil menambah, semua aduan berkenaan perlu diteliti satu persatu termasuk memanggil individu berkaitan dari semasa ke semasa bagi melengkapkan siasatan.
 
"Kami menerima banyak dokumen mengenainya (aduan) dan ia akan diteliti. Kami tidak boleh maklumkan berapa banyak aduan sudah disiasat," katanya dipetik Berita Harian.
 
Terdahulu, sebilangan ahli parti itu menyuarakan rasa tidak puas hati ekoran aduan yang dikemukakan mereka, khususnya bersabit isu pelanggaran perlembagaan, masih belum ada sebarang tindakan daripada RoS.
 
Sehubungan itu pihak berkenaan mengancam akan mengadakan demontrasi di hadapan pejabat RoS sekiranya jabatan itu enggan melakukan sesuatu mengenai isu berkenaan dalam tempoh dua minggu yang ditetapkan.
 
Dalam pada itu kata Surayati, aduan berkenaan boleh diselesaikan lebih awal jika segera dikemukakan secara rasmi kepada RoS.
 
Ujar Surayati, pihaknya mula menerima aduan daripada ahli PPBM sejak awal bulan lalu, terutama membabitkan dakwaan perlanggaran perlembagaan parti berkenaan.
 
"Kalau kami terima lebih awal, mungkin boleh selesai cepat," katanya ketika dihubungi, hari ini.
 
Mengenai tindakan protes yang mungkin dilakukan ahli PPBM di hadapan ibu pejabat agensi berkenaan, Surayati berkata, perkara itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
 
 


Thus Article RoS tak 'peram' aduan daripada ahli PPBM - Surayati

Itulah artikel RoS tak 'peram' aduan daripada ahli PPBM - Surayati Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel RoS tak 'peram' aduan daripada ahli PPBM - Surayati dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/ros-tak-peram-aduan-daripada-ahli-ppbm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "RoS tak 'peram' aduan daripada ahli PPBM - Surayati"

Catat Ulasan

Loading...