Loading...
Tajuk : Kopi campuran: Siasatan diserah kepada polis, ada unsur jenayah
link : Kopi campuran: Siasatan diserah kepada polis, ada unsur jenayah
Kopi campuran: Siasatan diserah kepada polis, ada unsur jenayah
ANTARAPOSBENTONG: Siasatan berhubung kejadian dua pengawal keselamatan warga Nepal yang diserang sawan dan letih teruk selepas meminum kopi berperisa durian minggu lalu, diserahkan sepenuhnya kepada polis, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.
Menurut beliau, ini kerana kes berkenaan bercirikan jenayah.
Tambah Subramaniam, siasatan kementeriannya ke atas kandungan produk berkenaan yang asli tidak terdapat sebarang bahan kimia dan selamat diminum.
“Kita juga dimaklumkan bahawa kopi yang diminum individu berkenaan diperoleh dari seorang wanita dan diambil dari tong sampah.
“Justeru, kita menunggu laporan polis bagi mengetahui siapakah dalang di sebalik kejadian tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pusat Khidmat SITF Pahang di Taman Sentosa, Karak di sini hari ini.
Media hari ini melaporkan ujian air kencing dua lelaki warga Nepal yang diserang gejala seperti sawan dan letih teruk selepas meminum kopi berperisa durian hujung bulan lalu didapati positif syabu.
Pada 30 Januari lepas, lima individu termasuk dua wanita, mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mengalami gejala yang sama dipercayai selepas meminum sejenis kopi.
Thus Article Kopi campuran: Siasatan diserah kepada polis, ada unsur jenayah
Itulah artikel Kopi campuran: Siasatan diserah kepada polis, ada unsur jenayah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Kopi campuran: Siasatan diserah kepada polis, ada unsur jenayah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/02/kopi-campuran-siasatan-diserah-kepada.html
0 Response to "Kopi campuran: Siasatan diserah kepada polis, ada unsur jenayah"
Catat Ulasan