Loading...

PSV lamar Asra ke Eropah

Loading...
PSV lamar Asra ke Eropah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PSV lamar Asra ke Eropah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PSV lamar Asra ke Eropah
link : PSV lamar Asra ke Eropah

Baca juga


PSV lamar Asra ke Eropah



ARKIB : 19/08/2007 
Oleh: ABDUL HAFIZ AHMAD

KUALA LUMPUR – PSV Eindhoven, salah satu gergasi kelab Eropah yang menyertai Piala Juara-Juara Belia menawarkan peluang keemasan kepada penolong ketua pasukan Malaysia, Asraruddin Putra Omar menjalani ujian selama dua minggu dengan kelab Belanda itu.

PSV, kelab yang memiliki salah satu kelab yang memiliki program pembangunan remaja terbaik dunia, terpikat dengan corak permainan benteng remaja Malaysia itu dalam pertemuan kedua-dua pasukan dalam saingan Kumpulan D di Stadium Kuala Lumpur, 12 Ogos lalu.

‘‘Kami kagum dengan pemain nombor 3 Malaysia (Asraruddin) dan kami mahu membawanya ke PSV beberapa minggu untuk menguji dan melihat lebih aksinya,” kata jurulatih PSV Eindhoven, Peter Dekkers. Perlawanan itu dimenangi anak buahnya 2-0 sekaligus meleburkan sisa peluang Malaysia ke suku akhir.

Menurut Dekkers dalam kenyataan akhbar di sini, semalam, PSV telah berbincang dengan Pengerusi Gifted Group Ltd., penganjur CYC, Jonathan Price untuk membantu mereka membawa Asraruddin Putra ke kelab Belanda itu secepat mungkin.

‘‘Kami berbangga dan gembira dengan kesediaan kelab sehebat PSV menawarkan peluang kepada pemain muda Malaysia. Gifted juga akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam menjayakannya malah sanggup membiayai kos perjalanan ke sana,’’ kata Price.

Asraruddin Putra, kelahiran Kedah, bermain selaku bek kiri skuad remaja Malaysia, sempat mengambil alih tugas ketua pasukan dan beralih ke posisi bek tengah ketika menentang PSV apabila penyandangnya, Bunyamin Omar tercedera.

Asraruddin, bekas penuntut Sekolah Sukan Bukit Jalil turut mewakili Malaysia ke pusingan akhir Kejohanan Belia Asia Bawah 20 Tahun di India biarpun skuad bimbingan K. Rajagopal itu tewas kesemua perlawanan kepada Vietnam, Iraq dan Arab Saudi.

Turut mengagumi bakatnya ialah Pegawai Pencarian Bakat Antarabangsa PSV, Piet de Visser yang menyifatkannya seorang ketua pasukan yang baik dan memiliki corak permainan kaki kiri yang berkesan malah gagah, pantas dan umpanannya tepat.

‘‘Ramai benteng hanya dapat bertahan tetapi tidak mampu mencipta gerakan sebaliknya pemain tersebut mampu melakukan kedua-duanya. Kami memang mahu membawanya ke PSV,” katanya terhadap Asraruddin yang kini menyertai skuad utama Selangor dalam Liga Malaysia.

Sebelum ini pemain Malaysia sekadar sempat menjalani ujian latihan dengan beberapa kelab bahagian bawah Eropah tetapi pelawaan PSV, sebuah kelab ternama Eropah untuk Asraruddin cukup mengejutkan dan mencatat satu permulaan era baru bola sepak Malaysia.

Jurulatih Malaysia, Robert Alberts berkata: ‘‘Saya gembira dengan peluang itu. Asraruddin. Dia bersungguh-sungguh dan bekerja keras untuk menjadi pemain profesional. Dia membuktikan Malaysia memiliki bakat di peringkat antarabangsa

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2z5VJBb
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article PSV lamar Asra ke Eropah

Itulah artikel PSV lamar Asra ke Eropah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PSV lamar Asra ke Eropah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/psv-lamar-asra-ke-eropah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PSV lamar Asra ke Eropah"

Catat Ulasan

Loading...