Loading...

Calon PM Pakatan Harapan pengaruhi ringgit

Loading...
Calon PM Pakatan Harapan pengaruhi ringgit - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Calon PM Pakatan Harapan pengaruhi ringgit, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Calon PM Pakatan Harapan pengaruhi ringgit
link : Calon PM Pakatan Harapan pengaruhi ringgit

Baca juga


Calon PM Pakatan Harapan pengaruhi ringgit


Dr Rosli Yaakob


Langkah Pakatan Harapan (PH) mengumumkan calon perdana menteri dilihat turut mempengaruhi trend pengukuhan nilai tukaran mata wang ringgit, kata penganalisis ekonomi.

Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob berkata, keadaan itu dapat dilihat sebelum ini bahawa keyakinan pelabur terhadap ringgit agak goyah.

“Ini tidak boleh dinafikan. Ada tanggapan keberanian Pakatan Harapan mengumumkan calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri menggembirakan pelabur asing.

“Kita boleh jangka jika Pakatan Harapan menang, pelabur akan lebih berminat melabur di Malaysia.
“Bermakna pelaburan asing langsung ke Malaysia dijangka melonjak. Reaksi awal pelabur asing memang begitu, mereka gembira dengan pengumuman itu,” katanya seperti dilapor SelangorKini.

Beliau berkata, pengalaman panjang calon Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi persepsi positif di mata masyarakat perdagangan terhadap masa depan ekonomi negara.

Pada masa sama, Rosli berkata, peningkatan nilai ringgit turut dipengaruhi faktor lain seperti harga minyak di pasaran antarabangsa, hutang negara, pertumbuhan eksport dan kawalan import.

Sejak penghujung 2017, pemilihan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri PH mula menjadi perbualan dalam kalangan pemerhati politik negara sehingga menjadi tajuk berita beberapa media tempatan dan antarabangsa.

Seiring dengan perkembangan politik itu, aliran nilai ringgit turut bergerak positif sehingga pada 5 Januari lalu nilai ringgit mencecah RM3.99 bagi satu dolar AS.

Aliran positif itu terus kekal apabila pada 7 Januari, Pakatan pada Konvensyen Pakatan Harapan 2018 secara rasmi menamakan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Malaysia ketujuh dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula calon Timbalan Perdana Menteri.



Thus Article Calon PM Pakatan Harapan pengaruhi ringgit

Itulah artikel Calon PM Pakatan Harapan pengaruhi ringgit Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Calon PM Pakatan Harapan pengaruhi ringgit dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/01/calon-pm-pakatan-harapan-pengaruhi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Calon PM Pakatan Harapan pengaruhi ringgit"

Catat Ulasan

Loading...