Loading...

Nizam: Konvensyen Pakatan Harapan Pahang Pada 27 Januari Ini

Loading...
Nizam: Konvensyen Pakatan Harapan Pahang Pada 27 Januari Ini - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Nizam: Konvensyen Pakatan Harapan Pahang Pada 27 Januari Ini, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Nizam: Konvensyen Pakatan Harapan Pahang Pada 27 Januari Ini
link : Nizam: Konvensyen Pakatan Harapan Pahang Pada 27 Januari Ini

Baca juga


Nizam: Konvensyen Pakatan Harapan Pahang Pada 27 Januari Ini


KUANTAN: Pakatan Harapan Pahang akan mengadakan konvensyennya pada 27 Januari ini, bagi memperkuatkan dan memantapkan kesatuan gabungan parti itu.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri, Ahmad Nizam Hamid berkata, ia juga diadakan bagi merangka gerak kerja dengan misi untuk 'menurunkan' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menumbangkan Umno serta BN pada PRU 14.

Menurutnya, gagasan Pakatan Harapan masih berteraskan reformasi dan sudah pasti pihaknya berusaha untuk menawan parti Umno dan BN.

"Atas alasan itu kita anjurkan konvensyen dan ia pasti diisi dengan perbahasan rakyat dengan pelbagai perbincangan dasar, perbahasan pemimpin serta polisi.

"Pihak sekretariat konvensyen ini sudah menerima pengesahan kehadiran daripada beberapa pemimpin Pakatan Harapan iaitu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Sallehuddin Ayub (Parti Amanah).

"Buat masa ini, pihak kita masih menunggu pengesahan daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed untuk hadir sama pada konvensyen tersebut atau sebaliknya ," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media di Pejabat Adun Semambu di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR negeri, Kamarzaman Mohamed Yunus.

Konvensyen itu akan diadakan di Restoran Mun Ching, Jalan Air Putih, di sini pada jam 8.30 pagi hingga 4 petang.

Dalam pada itu, Ahmad Nizam berkata, konvensyen akan dihadiri 600 orang anggota daripada keempat-empat parti Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP, Parti Bersatu dan Amanah,

Jelasnya, selain anggota parti, rakyat di negeri ini boleh turut serta dalam konvensyen tersebut bagi menyokong usahanya Pakatan harapan untuk merealisasikan mimpi memartabatkan kuasa rakyat. #sumber


Thus Article Nizam: Konvensyen Pakatan Harapan Pahang Pada 27 Januari Ini

Itulah artikel Nizam: Konvensyen Pakatan Harapan Pahang Pada 27 Januari Ini Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Nizam: Konvensyen Pakatan Harapan Pahang Pada 27 Januari Ini dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/01/nizam-konvensyen-pakatan-harapan-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nizam: Konvensyen Pakatan Harapan Pahang Pada 27 Januari Ini"

Catat Ulasan

Loading...