Loading...

Tong Gas Meletup, 5 Pekerja Warga Asing Melecur

Loading...
Tong Gas Meletup, 5 Pekerja Warga Asing Melecur - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tong Gas Meletup, 5 Pekerja Warga Asing Melecur, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tong Gas Meletup, 5 Pekerja Warga Asing Melecur
link : Tong Gas Meletup, 5 Pekerja Warga Asing Melecur

Baca juga


Tong Gas Meletup, 5 Pekerja Warga Asing Melecur


KUALA LUMPUR – Lima pekerja warga asing cedera parah akibat melecur selepas sebuah tong gas memasak meletup di sebuah kilang pembekal kopitiam terkenal di Jalan Subang 10, Subang dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari berkata kejadian yang berlaku kira-kira 8 pagi itu turut mengakibatkan seorang pekerja patah kaki manakala dua lagi cedera ringan.

“Tujuh mangsa dihantar untuk menerima rawatan di Hospital Serdang manakala seorang lagi menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca kejadian.

Difahamkan, tong gas memasak jenis domestik meletup di bahagian dapur kilang berkenaan sebelum mencetuskan api.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang berkata pihaknya menerima panggilan pada 8.04 minit pagi sebelum tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit selepas itu.

Katanya 30 pegawai dan anggota bersama-sama empat jentera daripada balai bomba dan penyelamat Subang, Puchong, Zon Petaling dan Ibu Pejabat Selangor terlibat dalam operasi berkenaan. – BERNAMA


Thus Article Tong Gas Meletup, 5 Pekerja Warga Asing Melecur

Itulah artikel Tong Gas Meletup, 5 Pekerja Warga Asing Melecur Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tong Gas Meletup, 5 Pekerja Warga Asing Melecur dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/tong-gas-meletup-5-pekerja-warga-asing.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tong Gas Meletup, 5 Pekerja Warga Asing Melecur"

Catat Ulasan

Loading...