Loading...

7 Lelaki Disyaki Kumpulan Abu Sayyaf Ditahan

Loading...
7 Lelaki Disyaki Kumpulan Abu Sayyaf Ditahan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 7 Lelaki Disyaki Kumpulan Abu Sayyaf Ditahan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 7 Lelaki Disyaki Kumpulan Abu Sayyaf Ditahan
link : 7 Lelaki Disyaki Kumpulan Abu Sayyaf Ditahan

Baca juga


7 Lelaki Disyaki Kumpulan Abu Sayyaf Ditahan


KUALA LUMPUR – Tujuh lelaki warga Filipina disyaki terlibat dalam aktiviti kumpulan pengganas Abu Sayyaf (ASG) ditahan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, pada 14 September lepas, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata kesemua suspek berumur antara 22 hingga 38 tahun itu bekerja sebagai pengawal keselamatan di beberapa syarikat swasta ditahan anggota Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata mereka ditahan susulan penangkapan 19 lelaki yang merancang melakukan serangan ketika upacara penutup Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dan perbarisan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka pada 30 Ogos lepas.

“Seorang suspek berumur 22 tahun itu merupakan anggota ASG yang pernah terlibat dalam pertempuran dengan tentera Filipina serta aktiviti penculikan di selatan Filipina,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Fuzi berkata kesemua suspek memasuki negara ini melalui Sandakan, Sabah pada September 2015 sebelum ke ibu negara menggunakan dokumen perjalanan palsu.

“PDRM akan terus mempergiatkan usaha mengesan dan menangkap pengganas asing yang menyusup masuk ke negara sama ada berlindung, mengumpul dana, melancarkan serangan atau menjadikan Malaysia sebagai pangkalan operasi mereka bagi merancang serangan ke atas negara ketiga,” katanya.

Mohamad Fuzi berkata kesemua mereka yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan Bab VIA iaitu kesalahan berkaitan keganasan dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Beliau berkata 41 warganegara asing yang dikategorikan sebagai Pejuang Pengganas Asing telah ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM sejak awal tahun ini. – BERNAMA


Thus Article 7 Lelaki Disyaki Kumpulan Abu Sayyaf Ditahan

Itulah artikel 7 Lelaki Disyaki Kumpulan Abu Sayyaf Ditahan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 7 Lelaki Disyaki Kumpulan Abu Sayyaf Ditahan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/7-lelaki-disyaki-kumpulan-abu-sayyaf.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "7 Lelaki Disyaki Kumpulan Abu Sayyaf Ditahan"

Catat Ulasan

Loading...