Loading...
Tajuk : Duterte Izin Bunuh Anak Lelakinya Jika Sabit Dadah
link : Duterte Izin Bunuh Anak Lelakinya Jika Sabit Dadah
Duterte Izin Bunuh Anak Lelakinya Jika Sabit Dadah
MANILA – Presiden Filipina mengarahkan pihak polis untuk membunuh anaknya, Paolo Duterte jika benar lelaki itu sendiri ada terlibat secara langsung dalam aktiviti perdagangan dadah.
Rodrigo Duterte berkata, beliau mengarahkan agar pihak berkuasa untuk membunuh sahaja mana-mana anaknya yang didapati berkait dengan jenayah najis dadah.
“Arahan saya ialah jika mana-mana anak saya terlibat dengan dadah, bunuh sahaja mereka. Jadi orang lain tidak boleh cakap apa-apa tentang saya,” katanya ketika berucap di hadapan kakitangan awam di Istana Malacanang.
Tambah Duterte lagi, arahan bunuh tersebut telah dimaklumkan sendiri kepada anak-anaknya dan anggota polis yang melakukan hukuman itu bakal dilindungi keselamatan mereka.
“Arahan saya supaya bunuh awak jika awak ditangkap kerana dadah dan saya akan melindungi polis yang membunuh awak,” tegas beliau.
Difahamkan, Duterte mengeluarkan arahan itu selepas Senator Antonio Trillanes IV mendakwa anak sulungnya itu merupakan salah seorang ahli dalam kumpulan dadah Cina.
Sebelum ini, Paolo juga pernah didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan tertentu di Davao dan telah bantu memudahkan penyeludupan dadah menerusi Biro Kastam Filipina.
Sementara itu, Duterte sebelum ini berkali-kali berkata, beliau akan meletakkan jawatan sekiranya terdapat antara anaknya terlibat dalam rasuah mahupun aktiviti haram yang lain. – http://ift.tt/2gBbYyn
Thus Article Duterte Izin Bunuh Anak Lelakinya Jika Sabit Dadah
Itulah artikel Duterte Izin Bunuh Anak Lelakinya Jika Sabit Dadah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Duterte Izin Bunuh Anak Lelakinya Jika Sabit Dadah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/09/duterte-izin-bunuh-anak-lelakinya-jika.html
0 Response to "Duterte Izin Bunuh Anak Lelakinya Jika Sabit Dadah"
Catat Ulasan