Loading...

Pengusaha stesen minyak berdepan tindakan jika sengaja tutup awal

Loading...
Pengusaha stesen minyak berdepan tindakan jika sengaja tutup awal - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pengusaha stesen minyak berdepan tindakan jika sengaja tutup awal, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pengusaha stesen minyak berdepan tindakan jika sengaja tutup awal
link : Pengusaha stesen minyak berdepan tindakan jika sengaja tutup awal

Baca juga


Pengusaha stesen minyak berdepan tindakan jika sengaja tutup awal

MALAYSIAKINI


Pengusaha-pengusaha stesen minyak diberi amaran supaya tidak menghentikan operasi lebih awal semata-mata untuk mengaut keuntungan ekoran kenaikan harga mingguan petrol dan diesel atau berdepan dengan tindakan tegas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata pihaknya menerima aduan mengenai segelintir pengusaha stesen minyak yang berbuat demikian dan siasatan telah dijalankan.

"Ini adalah satu kesalahan, sama seperti menyorok produk terkawal seperti petrol dan diesel," katanya pada sidang media selepas melancarkan program Food Fiesta 2017 anjuran Lulu Hypermarket and Department Store di ibunegara semalam.

Hamzah berkata beliau telah bertemu dengan persatuan pengusaha stesen minyak dan akan berjumpa syarikat pembekal minyak untuk berbincang mengenai isu berkenaan.

Beberapa portal berita melaporkan rungutan pengguna yang mendakwa terdapat beberapa stesen minyak sengaja ditutup lebih awal pada malam Rabu berbanding hari biasa dengan alasan 'minyak habis'.

Tindakan itu didakwa mempunyai kaitan dengan pengumuman kenaikan harga RON95 dan RON97 sebanyak empat sen serta harga diesel yang naik tujuh sen berkuat kuasa kelmarin.

Akta Kawalan Bekalan 1961 menyatakan individu atau syarikat boleh disiasat mengikut Seksyen 15 akta berkenaan kerana menyorok barang kawalan dan Seksyen 20(1) akta sama kerana menyimpan barang kawalan tanpa kebenaran.

Mengenai Food Fiesta yang memasuki tahun kedua penganjurannya, Hamzah berkata ia adalah usaha yang membanggakan kerana dapat memperkenal dan mempromosi makanan n tempatan terutamanya kepada pelancong asing.- Bernama




Thus Article Pengusaha stesen minyak berdepan tindakan jika sengaja tutup awal

Itulah artikel Pengusaha stesen minyak berdepan tindakan jika sengaja tutup awal Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pengusaha stesen minyak berdepan tindakan jika sengaja tutup awal dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/pengusaha-stesen-minyak-berdepan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pengusaha stesen minyak berdepan tindakan jika sengaja tutup awal"

Catat Ulasan

Loading...