Loading...

SPRM tahan pegawai kastam S'wak disyaki rasuah

Loading...
SPRM tahan pegawai kastam S'wak disyaki rasuah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk SPRM tahan pegawai kastam S'wak disyaki rasuah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : SPRM tahan pegawai kastam S'wak disyaki rasuah
link : SPRM tahan pegawai kastam S'wak disyaki rasuah

Baca juga


SPRM tahan pegawai kastam S'wak disyaki rasuah

MALAYSIAKINI


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kastam di Sarawak kerana disyaki meminta rasuah daripada sebuah syarikat bagi memudahkan proses pengeksportan bahan-bahan 'piping and associated facilities' ke luar negara.

Sumber SPRM memberitahu bahawa suspek berusia 53 tahun itu ditahan di hadapan  sebuah hentian bas di Bintulu, Sarawak pada jam 10.32 petang semalam.

"Perbuatan suspek terbongkar selepas orang awam membuat laporan kepada SPRM dan mengadu lelaki itu meminta wang berjumlah ribuan ringgit untuk proses melepaskan barangan eksport.

"SPRM sudah bertemu dengan wakil syarikat yang menjadi mangsa untuk mendapatkan maklumat dan mendapati suspek telah meminta RM42,985 (US$10,000) bagi memudahkan pengeksportan bahan berkenaan," kata sumber itu di sini.

Sumber itu berkata SPRM kemudian bekerjasama dengan syarikat berkenaan dalam satu operasi dan suspek dapat diberkas bersama-sama wang tunai berkenaan.

SPRM turut merampas dua telefon bimbit dipercaya milik suspek yang digunakan dalam urus niaga berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

"Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu sekiranya mereka didapati terlibat dalam perbuatan rasuah dan salah guna kuasa dalam isu ini.

"Selain itu, kemungkinan lebih ramai akan dipanggil sekiranya perlu bagi membantu pasukan penyiasat melengkapkan siasatan," katanya.

Azam berkata suspek direman sehingga Rabu depan dan disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan.- Bernama




Thus Article SPRM tahan pegawai kastam S'wak disyaki rasuah

Itulah artikel SPRM tahan pegawai kastam S'wak disyaki rasuah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel SPRM tahan pegawai kastam S'wak disyaki rasuah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/sprm-tahan-pegawai-kastam-swak-disyaki.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SPRM tahan pegawai kastam S'wak disyaki rasuah"

Catat Ulasan

Loading...