Loading...

[KECEWA IBLIS & SYAITAN] Muktamar PAS lulus usul satukan politik Islam-Melayu

Loading...
[KECEWA IBLIS & SYAITAN] Muktamar PAS lulus usul satukan politik Islam-Melayu - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [KECEWA IBLIS & SYAITAN] Muktamar PAS lulus usul satukan politik Islam-Melayu, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [KECEWA IBLIS & SYAITAN] Muktamar PAS lulus usul satukan politik Islam-Melayu
link : [KECEWA IBLIS & SYAITAN] Muktamar PAS lulus usul satukan politik Islam-Melayu

Baca juga


[KECEWA IBLIS & SYAITAN] Muktamar PAS lulus usul satukan politik Islam-Melayu


KUALA NERUS: Muktamar PAS ke-64 hari ini menerima usul supaya parti itu menerajui usaha menyatukan kelangsungan politik Islam-Melayu di negara ini.
Ia adalah satu daripada enam usul yang diluluskan tanpa bahas pada hari terakhir muktamar di Stadium Tertutup Gong Badak di sini, hari ini.
Menerusi usul politik Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) bertajuk ‘Kesatuan Umat’, sayap berkenaan berpandangan usaha ke arah itu perlu diperkukuhkan kembali.
Selain itu, PAS juga perlu mengekang politik anasir tidak sihat yang menjejaskan keharmonian politik dan masa depan agama, rakyat dan negara.
Menurut DPPP, wujud gelombang perubahan dan kesedaran rakyat terhadap politik serta tuntutan massa yang memerlukan PAS segera bertindak untuk memimpin.
“Kita memperakui Perlembagaan meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara yang menjadi punca kuasa dan penentu kelangsungan pembinaan serta masa depan dan keharmonian pelbagai kaum.
“DPPP menginsafi betapa sejarah sentimen perkauman dan agama secara salah telah menatijahkan ketidaktenteraman serta sengketa yang mesti dihindari.
“Kita juga kesal dengan ancaman terhadap tonggak utama negara iaitu Islam, Raja-Raja Melayu, tanah rizab Melayu, bahasa Melayu dan kerakyatan oleh Pakatan Harapan (PH) yang dibayangi agenda DAP,” katanya.
Walaupun tidak dinyatakan secara terbuka, usul berkenaan dilihat cenderung merujuk kepada kerjasama PAS-UMNO dalam perkara yang memanfaatkan kedua-dua pihak.
Muktamar turut meluluskan usul bersama Dewan Ulama dan Dewan Muslimat supaya aqidah dan kedudukan Islam di negara ini dipertahan daripada tindakan jahat segelintir pihak yang cuba mengikis serta melemahkan kedudukan Islam.
Kedua-dua Dewan menegaskan, kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat bersikap lunak terhadap anasir liberal sekular dan menentang Islam.
“Dengan menularnya fahaman syiah, pelbagai ajaran sesat dan amalan khurafat serta syirik dibawa ke dalam masyarakat Islam hari ini.
“Gejala ini dilihat subur dan merebak melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kononnya menjadi pembela hak asasi dan agama.
“Kelompok ini berjaya menduduki strategi di negara ini manakala masyarakat Islam dilihat seakan tidak kisah dengan budaya melampau walaupun ia dilihat semakin meruncing dalam kalangan masyarakat Islam khususnya Melayu,” katanya.
Justeru, pimpinan parti diminta bertegas dengan kedudukan istimewa Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan dan mendesak tindakan dikenakan ke atas kenyataan bersifat anti-Islam, termasuk yang memperlekeh pelaksanaan undang-undang syariah.
“Dewan Ulama menggesa kerajaan menyelesaikan masalah berkaitan rakyat termasuk isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berasaskan prinsip Islam.
“Kerajaan perlu segera menamatkan pendaftaran NGO yang menjalankan aktiviti menyuburkan fahaman bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.
Empat lagi usul yang diluluskan tanpa bahas ialah usul Task Force untuk Malaysia Timur, usul memantapkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), usul pengiktirafan untuk sekolah agama dan mengukuhkan Gagasan Sejahtera.- BH


Thus Article [KECEWA IBLIS & SYAITAN] Muktamar PAS lulus usul satukan politik Islam-Melayu

Itulah artikel [KECEWA IBLIS & SYAITAN] Muktamar PAS lulus usul satukan politik Islam-Melayu Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [KECEWA IBLIS & SYAITAN] Muktamar PAS lulus usul satukan politik Islam-Melayu dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/09/kecewa-iblis-syaitan-muktamar-pas-lulus.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[KECEWA IBLIS & SYAITAN] Muktamar PAS lulus usul satukan politik Islam-Melayu"

Catat Ulasan

Loading...