Tajuk : Usrah dan Jemaah Kampus
link : Usrah dan Jemaah Kampus
Usrah dan Jemaah Kampus
Assalamualaikum smua . Trima kasih kpd admin yg sudi siarkan konfesi ni.
Saya bukanlah nak bercerita panjang, cuma nak berkongsi sedikit buah fikiran dan pengalaman selama 5 tahun join usrah, saya merupakan student uia. Mula join usrah masa cfs lagi , smpailah grad. Boleh katakan banyakjugak usrah saya dah join, tapi cuma satu nak kata, rata rata usrah yang saya join semua mengajak ke arah jemaah!
Maaf kalau nampak saya pukul sama rata, tapi itulah hakikatnya. Saya tak nak sebut nama persatuan usrah tu, sebab takut bukak aib diorang. Tapi, bila join usrah tu, kenapa saya makin rasa serabut, tertekan, dan sedih dgn ahli usrah yg suka bagi tugas semata2 untuk menggerakkan jemaah diorang. Bukankah dakwah itu buat orang rasa tenang? Tak kurang juga kebanyakannya suka judge orang macam kita budak usrah ni maksum.
Jadi sy stop usrah tu, tahun ke2 saya join usrah lain, slama satu sem join, sy rasa macam cara diorang salah. Satu, sebab gabung antara ikhwan dan akhawat. Dua, sebab selalu kritik jemaah lain dan asyik negatifkan pendpat jemaah lain. Tiga, ikhtilat antara lelaki dan perempuan tak terjaga, bukan saya expect kena diskusi sebalik hijab, tapi kalau siap gurau, bergelak ketawa lebih2,malam2 duk tempat gelap2 berdiskusi, agak tak manis! dalam agama kita.
Lepastu, saya join yang lain. Yang ni memang jelas matlamat dia ke arah politik!. Kalau taklimat ataupun sesi halaqah sendiri mesti murabbi atau penceramah tu sendiri kempen parti politik yang disokong usrah tersebut, sampai ada satu hari kami dikerah sampai lewat malam untuk sebarkan risalah, flashmob, kempen masa plihanraya. Memang jauh tersasar dari matlamat usrah sendiri. Input yg sy dapat memang sikit sekali.
Konklusi saya, usrah yang betul bukan mengajak kepada taksub pada jemaah, sampaikan hilang rasa ketenangan yang sepatutnya ada dalam menyebarkan dakwah. Lima tahun join usrah,dan bertukar2 usrah, saya tak jumpa lagi usrah yang betul2 buat saya rasa bahagia, tenang, tanpa judgemental pada orang.
Soalan saya jugak, Ada lagi ke usrah yang betul2 menerapkan nilai jalinan ukhwah dan memupuk perpaduan tanpa kira latar belakang?
Sekian.
kiko
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ruC8bm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Usrah dan Jemaah Kampus
Anda sedang baca artikel Usrah dan Jemaah Kampus dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/usrah-dan-jemaah-kampus.html
0 Response to "Usrah dan Jemaah Kampus"
Catat Ulasan