Loading...

Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini!

Loading...
Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini!, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini!
link : Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini!

Baca juga


Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini!

Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini! | Assalamualaikum wbt. Korang sarapan apa pagi ni? Pagi ini, cikla masak mee maggi goreng bodo, request anak dara cikla ni haa... Cikla sendiri pun dah lama tak makan mee maggi. Seingat cikla, since lepas pembedahan tiroid tahun lepas.

Nak masak mee maggi ni senang je kot. Kalau kena kreativiti kita, sedap jadinya. Nama resepi ni cikla yang saja letak. Haha. Bukan apa, bahan yang digunakan sikit, tapi sedap!

Resepi maggi goreng bodo.

Bahan-bahan yang cikla share ni mengikut apa yang cikla masak tau... Kalau korang masak kurang dari ni, pandai-pandailah korang agak. Hehe!

Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini!
Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini! 


Bahan-bahannya :
5 peket mee maggi. 
1 biji bawang besar (didadu). 
4 ulas bawang putih (diketuk).
2 peket perencah mee maggi. 
1 kiub ayam. 
3 biji telur ayam. 
1 cekak sayur sawi. 
Minyak untuk menumis.


Hiasan : Telur goreng mata kerbau.

Cara-cara : 
Rendam mee maggi dalam air panas sampai lembut. Bila dah lembut, toskan dan masukkan dalam air sejuk sekejap. Cara ini adalah untuk menghentikan proses pelembutan mee maggi tu. So, nanti takdelah mee lembik sangat. Dah rendam tu, toskan.


Dalam kuali yang sesuai, letak sedikit minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian, masukkan perencah mee magi dan kiub ayam yang dicampur dengan sedikit air. Tumis lagi sampai naik bau dan perencah garing. Pecahkan telur, dan gaul rata.

Selepas itu, masukkan mee maggi yang telah ditos. Gaul rata bersama perencah. Telur tu korang tak payah tunggu sampai garing. Basah-basah sikit pun takpe.

Kemudian, masukkan sayur sawi dan gaul rata sehingga sawi layu semuanya. Tutup api, dan bolehlah dihidangkan.

Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini!
Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini! 

Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini!
Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini! 

Senang je kan... Nak sedap makan dengan telur mata kerbau letak sos sikit. Tapi, cikla tak makan sos. Hehe...

Nak tau sedap ke tak, kenalah cuba sendiri! Selamat mencuba!



Thus Article Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini!

Itulah artikel Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/12/mee-maggi-goreng-bodo-sarapan-cikla.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mee maggi goreng bodo, sarapan cikla pagi ini!"

Catat Ulasan

Loading...