Loading...

Tak Nak Balik Rumah

Loading...
Tak Nak Balik Rumah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tak Nak Balik Rumah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tak Nak Balik Rumah
link : Tak Nak Balik Rumah

Baca juga


Tak Nak Balik Rumah

Tak Nak Balik Rumah

Assalamualaikum & hi readers. Tengok tajuk di atas mesti ingat aku ni rebellious teenager atau budak nak up bagai, kan? But no worries, aku pun antara pembaca setia page ni. A girl and graduated.

Aku berasal dari tempat yang agak kurang Islamik, i.e. orang sekeliling & family member kurang beramal dengan Islam. Dalam family, ayah je yang solat. Tapi, bukan ini isunya haha. Aku just nak bagitahu walaupun background aku tak Islamik, aku masih dengan akidah Islam dan aku masih berpegang dengan agama walaupun aku tahu basic agama je.

Masa sekolah, aku benci gila pakai tudung. Panas. Aku nampak buruk pakai tudung. Sampai matriks, aku saja2 je masuk kelab surau sebab aku pasti tak aktif pon, markah ko-kurikulum mesti masuk punya so senang aku nak apply U (ni pasal aku punya markah ko-k dekat sekolah agak rendah). Jahat kan aku? Huhu. Tapi tapi, sebaliknya jadi. Aku jadi makin selesa dengan surau. Aku mula kenal agama. Aku tak pakai dah short sleeve dengan tudung. Dari aku tak solat 5 waktu, aku solat. Aku jinakkan diri dengan Quran. Dari merangkak-rangkak baca, ada improvement dalam bacaan. Aku kawan dengan budak-budak surau. Aku ikut usrah, aku rajinkan diri istiqamah lepak sorang-sorang dekat maktabah asal free. Dari sana aku baca banyak bacaan agama, sambil-sambil study, aku tenang. Daripada aku dengar lagu2 yang melalaikan, aku pilih alunan Zikir, bacaan Quran, nasyid. Perlahan2 aku tak curi-curi bukak tudung masa outing, pergi cafe sebab aku selesa dan tenang bertudung. Hujung matriks, ku sedih nak tinggalkan matrik. Ada banyak kawan-kawan aku yang boleh bimbing aku dekatkan diri dengan agama, as in aku tak pernah setenang ni di rumah.

Habis matrik je, lepas aku balik hometown, family suruh aku bukak pulak tudung. Aie? Dulu masa aku degil gila nak freehair time matrik, bukan main lagi paksa aku pakai tudung. Dorg kata matrik dah habis, tak payah lah pakai. Nanti dekat U nanti terpulang dekat aku nak pakai ke tak. Aku sedih. Kenapa jadi macam ni? Kenapa adik beradik perempuan aku yang lain dorg tak kisah pakai tudung, aku pulak dorg kata lagi elok freehair? Bukan sekali dua, banyak kali dorang suh aku bukak je tudung. Dari situ, baran aku naik. Aku pendam. Aku sedih kenapa jadi macam ni. Aku tak ada kekuatan nak lawan dorang. Dorang masih lagi family aku. Tapi macam aku kata tadi, aku ada temper sikit. Tak tahan, aku terus naikkan suara kat dorang. Dorang terdiam. Aku tak sengaja, so tak pasal-pasal adik beradik lain kata aku kurang ajar. Bergaduh lagi. Hmm.

Aku dapat rasa family aku jijik dengan aku. Asal aku nak solat, dorang jadi speechless. Ada di kalangan family yang perli-perli, sindir-sindir aku padahal aku cuba buat benda baik. Aku diketawakan. Kalau aku lawan balik, kena marah. Alasan, aku antara yang bongsu and dah jadi culture family, yang muda tak ada kuasa voice out. Aku sedih. Selalu aku menangis sorang-sorang tak ada sesiapa faham. Ada yang kata aku tak betul dah, and benda tu makan aku dalam sampai sekarang. Lepas tu, bergaduh lagi. Aku tak nafikan, aku agak baran. Ni pun sebab aku selalu kena buli dekat sekolah @ perli dekat rumah. Disebabkan tu, karakter aku baran sebab aku dah letih kena buli. Tapi baran aku tak naik kalau orang tak jentik.

Pernah satu ketika dulu, ada family member marah aku, Kau solat macam mana pun tak guna lah! Orang panas baran macam kau tak layak solat!. Allahu. Aku menangis semahu2 nya senyap2. Sampai macam tu jadi. Aku rasa aku tak layak jadi baik. Aku putus asa. Aku jadi tak solat kalau berkumpul dengan family. Selalu aku menyendiri, aku solat pun susah dekat rumah. Aku solat senyap2 kalau menyendiri. Kalau tak ada orang kat rumah aku curi-curi solat. Aku sedih. Aku tak bebas dalam rumah sendiri. Aku rasa berdosa sangat tinggal solat, and pada masa sama aku sangat terasa sebab ada family member, orang yang aku sayang hambur ayat macam yang aku quote tadi. Seolah2 orang macam aku burukkan imej solat. Asal buat salah sikit, muncul lagi quote tu.

Aku letih, letih dan letih.

Asal cuti sem je, aku selalu balik lambat. Aku nak lari dari rumah. Aku tak jumpa ketenangan yang aku dapat sebagaimana tenangnya aku di luar rumah. Ternyata hijrah itu sukar bagi insan lemah macam aku.

Dear abang-abang akak-akak readers, I desperately need an advise now. Thank you.

GadisJahat

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ruTNQ1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Tak Nak Balik Rumah

Itulah artikel Tak Nak Balik Rumah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tak Nak Balik Rumah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/tak-nak-balik-rumah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tak Nak Balik Rumah"

Catat Ulasan

Loading...