Loading...

Tun M akan kuasai PH jika jadi Pengerusi - Johari

Loading...
Tun M akan kuasai PH jika jadi Pengerusi - Johari - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tun M akan kuasai PH jika jadi Pengerusi - Johari, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tun M akan kuasai PH jika jadi Pengerusi - Johari
link : Tun M akan kuasai PH jika jadi Pengerusi - Johari

Baca juga


Tun M akan kuasai PH jika jadi Pengerusi - Johari

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
SHAH ALAM: PKR tidak bersetuju dengan cadangan melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) kerana dibimbangi pemimpin itu akan menguasai gabungan berkenaan.
 
Hal itu dinyatakan Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul sambil menambah, jawatan pengerusi tidak perlu diwujudkan dalam struktur kepimpinan PH.
 
PKR juga katanya mahu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu digandingkan bersama Ketua Umum mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menduduki jawatan Penasihat PH.
 
"Daripada Dr Mahathir menjadi Pengerusi, lebih baik beliau menjadi Penasihat. Itu cadangan kita. Sedangkan Penasihat mempunyai ruang lingkup yang luas. Jawatan Pengerusi pula nampak dominasi.
 
"Ia memberi konotasi bahawa beliau (Dr Mahathir) yang mengetuai. Penasihat pula menasihati. Lupakan jawatan pengerusi, kita tidak mahu jawatan pengerusi.
 
"Kita katakan (jawatan) penasihat perlu Anwar dan Dr Mahathir," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Reaksi Johari menyusul selepas Pakatan Harapan (PH) dikatakan sudah mempunyai barisan kepimpinannya, yang menamakan Dr Mahathir sebagai Pengerusi gagasan pembangkang itu.
 
Anwar pula dinamakan sebagai Penasihat, manakala isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula dilantik sebagai Presiden PH.
 
Bagaimanapun barisan kepimpinan itu dinafikan PKR dengan menyifatkan ia sebagai 'tidak tepat'.
 
Johari dalam pada itu berkata kelewatan PH mengumumkan struktur kepimpinannya mungkin berpunca dari sikap Dr Mahathir yang sehingga kini tidak menyatakan sokongannya terhadap agenda reformasi PKR, yang juga dipersetujui parti-parti yang lain.
 
"Apabila Dr Mahathir hendak sertai PH, kita mengalu-alukan. Namun mereka kena setuju dengan agenda reformasi.
 
"Beliau tidak kata tidak bersetuju tetapi belum ada penjelasan yang jitu dari beliau. Sama ada beliau setuju dengan beberapa perkara atau tidak. Beliau belum sebut, mungkin akan sebut," kata Johari.
 
Enggan ada mana-mana parti cuba mendominasi PH, Johari kemudiannya mahu gabungan pembangkang itu mencontohi sistem Pakatan Rakyat (PR) suatu ketika dahulu.
 
"Kita hendak kekalkan sistem yang ada sekarang, yang mana tidak ada satu-satu parti pun mendominasi. PR dahulu ada PKR, DAP dan PAS. Selepas PAS keluar, ada PKR, DAP dan Amanah. Bermakna kita tidak ada sesiapa yang jadi ketua," ujarnya.
 
 


Thus Article Tun M akan kuasai PH jika jadi Pengerusi - Johari

Itulah artikel Tun M akan kuasai PH jika jadi Pengerusi - Johari Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tun M akan kuasai PH jika jadi Pengerusi - Johari dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/tun-m-akan-kuasai-ph-jika-jadi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tun M akan kuasai PH jika jadi Pengerusi - Johari"

Catat Ulasan

Loading...