Loading...

Jangan curi undi rakyat

Loading...
Jangan curi undi rakyat - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jangan curi undi rakyat, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jangan curi undi rakyat
link : Jangan curi undi rakyat

Baca juga


Jangan curi undi rakyat

 
Perkara paling dahsyat ialah perang saraf terhadap rakyat dengan agenda mencuri dan merompak undi.
 
 


Kurang sebulan lagi rakyat akan membuang undi menentukan parti politik mana yang layak menerajui Malaysia. Setakat ini, selain BN, tiada parti politik lain yang pernah memenangi kuasa kerajaan persekutuan.

Semua parti politik sedang bertungkus-lumus untuk menyakinkan pengundi dengan pelbagai cara agar undi itu diberikan kepada mereka.

Ketiga-tiga gabungan politik utama iaitu BN, Pakatan Harapan dan Gagasan Sejahtera sudahpun melancarkan manifestonya sebagai senjata pertama untuk memancing undi.

Sesi ceramah, penerangan dan forum menjadi senjata kedua kepada parti-parti politik untuk menerangkan manifesto, memuji rekod sendiri dan memperlekehkan lawan bagi tujuan memancing undi.

Rakyat boleh diibaratkan ikan-ikan yang berenang di dalam kolam. Parti-parti politik dan ahli politik adalah para pemancing dalam pertandingan memancing. Siapa yang dapat mengail ikan paling banyak akan menang. Oleh itu, segala apa cara akan digunakan untuk mengumpan ikan tanpa batas.

Perkara yang paling dahsyat di dalam kempen pilihanraya ialah perang saraf terhadap rakyat dengan agenda-agenda mencuri dan merompak undi rakyat melalui pelbagai cara.

Cara merompak undi yang paling lazim dan efektif yang sering dilakukan ialah dengan mencipta cara menyusahkan rakyat balik mengundi, sengaja tidak menggalakkan pengundi balik mengundi serta tidak berusaha mencari jalan agar semua pengundi berdaftar dapat mengundi sebelum hari pengundian.

Di dalam hal ini, tahniah perlu diucapkan khasnya kepada syarikat-syarikat penerbangan yang mengambil inisiatif untuk menambah penerbangan, memurahkan tambang serta memberikan penukaran penerbangan tanpa kos bagi menyenangkan rakyat balik mengundi. Tindakan mereka sedikit sebanyak membantu rakyat mengatasi rompakan undi terhadap mereka.

Demi memenangi undi rakyat, ada parti dan ahli-ahli politik yang sudi menjadi hipokrit tanpa batas.
 Kalau ada parti dan ahli-ahli politik terpaksa menjadi hipokrit untuk memenangi undi rakyat, rasanya lebih elok bagi mereka untuk menyakitkan hati rakyat dengan kebenaran daripada menipu rakyat dengan kepalsuan.

Biarkan rakyat mengundi berdasarkan sikap yang tulen dan bukannya sifat hipokrit dan lakonan sempena musim pilihanraya semata-mata. Pertahanlah prinsip parti meskipun ada segolongan rakyat yang tidak suka pada prinsip itu. Jangan menjadi hipokrit semata-mata demi mendapatkan undi rakyat sehingga prinsip parti dan sebagai seorang manusia turut tergadai.

Bantu pemimpin jujur

Di dalam media sosial pula, berita palsu mudah ditularkan sehingga rakyat percaya.

Ruangan komen di media sosial pula selalu digunakan untuk menimbulkan persepsi palsu bahawa satu-satu pandangan itu bersifat pandangan majoriti. Tujuannya sama iaitu untuk mencuri undi rakyat.

Contoh terkini ialah komen-komen di Facebook Tengku Mahkota Johor yang menyarankan rakyat Johor agar menolak seorang ahli politik berlidah cabang. Ada yang menyatakan bahawa komen-komen itu menunjukkan bahawa tulisan TMJ itu ditolak.

Tapi mereka membuat komen sedemikian tersasar. Pertama, mereka terlupa melihat jumlah “Like” pada tulisan TMJ itu berbanding komen yang ada. Ingatlah di dalam media sosial, terdapat satu golongan besar majoriti yang dipanggil “silent readers”. Mereka yang sibuk membuat komen banyak-banyak itu sebenarnya minoriti. “Silent readers” yang “Like” dan baca tanpa komen itu majoriti.

Sesungguhnya tiada beza seorang pencuri undi dengan pencuri wang. Kedua-duanya perlu dibuang agar rakyat dapat membuat keputusan berdasarkan maklumat yang betul.

Ingatlah pemimpin politik yang jujur susah untuk hidup lama di dalam politik. Golongan inilah yang rakyat perlu bantu dan jaga dengan memberikan undi kepada mereka.

Sebagaimana dompet, rakyat perlu menggunakan intelek sendiri agar undi mereka tidak dicuri oleh berita palsu dan permainan saraf yang kotor sehingga mereka yang layak disokong tidak pula disokong, malah dibenci.



Thus Article Jangan curi undi rakyat

Itulah artikel Jangan curi undi rakyat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jangan curi undi rakyat dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/jangan-curi-undi-rakyat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jangan curi undi rakyat"

Catat Ulasan

Loading...