Loading...
Tajuk : Najib ucap takziah kepada keluarga dua juruterbang
link : Najib ucap takziah kepada keluarga dua juruterbang
Najib ucap takziah kepada keluarga dua juruterbang
AANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah kepada keluarga dua juruterbang pesawat pejuang Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban pada hari ini.
Najib berkata siasatan terperinci akan dilaksana terhadap nahas yang berlaku di kawasan hutan paya Chukai, Kemaman pada 2.30 petang yang mengorbankan Mejar Hasri Zahari, 31, dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39.
"Innalillah.Terima berita sedih dua juruterbang yang hilang dijumpai maut. Takziah kepada keluarga. Siasatan terperinci akan dilaksana," katanya dalam laman Twitter.
Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Affendi Buang dalam sidang media di Kauntan memaklumkan pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Kuantan pada 11 pagi tadi sebelum terputus hubungan setengah jam kemudian.
Menurut Affendi, kedua-dua mangsa cuba menyelamatkan diri dengan menggunakan kerusi lenting pesawat.
Setakat 4.30 petang, pesawat itu masih belum ditemukan.
Affendi berkata TUDM menggantung sementara perkhidmatan pesawat Hawk 108 sehingga siasatan tragedi selesai dan sebuah badan siasatan khas ditubuhkan bagi menyiasat punca nahas pesawat tersebut.
Thus Article Najib ucap takziah kepada keluarga dua juruterbang
Itulah artikel Najib ucap takziah kepada keluarga dua juruterbang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Najib ucap takziah kepada keluarga dua juruterbang dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/najib-ucap-takziah-kepada-keluarga-dua.html
0 Response to "Najib ucap takziah kepada keluarga dua juruterbang"
Catat Ulasan