Loading...

Kerusi Pujut: S'wak rayu di mahkamah persekutuan

Loading...
Kerusi Pujut: S'wak rayu di mahkamah persekutuan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kerusi Pujut: S'wak rayu di mahkamah persekutuan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kerusi Pujut: S'wak rayu di mahkamah persekutuan
link : Kerusi Pujut: S'wak rayu di mahkamah persekutuan

Baca juga


Kerusi Pujut: S'wak rayu di mahkamah persekutuan



Ketua Menteri Sarawak berkata Barisan Nasional (BN) negeri akan merayu ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang mengisytiharkan sebagai batal dan tidak sah pelucutan kelayakan Dr Ting Dr Tiong Choon sebagai ahli dewan undangan negeri (Adun) Pujut oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).

Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri menghormati keputusan Mahkamah Tinggi tetapi akan merayu di Mahkamah Persekutuan.

"Kami akan umumkan keputusan (merayu). Mahkamah (hakim Mahkamah Tinggi) lebih memfokus kepada perkara undang-undang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Hari Raya kepada 400 penerima pada Program Ihsan Ramadan Satok di Kuching hari ini.

Abang Johari bagaimanapun berkata beliau tidak tahu bila rayuan akan difailkan kerana ia perlu dibincangkan dengan Peguam Negeri terlebih dahulu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Douglas Cristo Primus Sikayun semalam memutuskan sebagai tidak sah keputusan DUN itu melucutkan kelayakan Dr Ting sebagai Adun Pujut pada 12 Mei, atas alasan beliau mempunyai dua kerakyatan (Malaysia dan Australia).

Mahkamah mengembalikan kedudukan Dr Ting sebagai Adun Pujut, dan pilihan raya kecil tidak akan diadakan.

Hakim juga mengarahkan speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Menteri Kewangan Kedua Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh, selaku defendan pertama dan kedua membayar RM100,000 kepada plaintif (Dr Ting) sebagai kos mahkamah.

Dalam perkembangan lain, Abang Johari berkata kerajaan Negeri sedang berunding dengan AirAsia untuk membina terminal tambang murah dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).

Ketua Menteri berkata beliau tidak tahu kos dan bila projek itu akan dilaksanakan kerana ia masih di peringkat rundingan.

Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.-Bernama




Thus Article Kerusi Pujut: S'wak rayu di mahkamah persekutuan

Itulah artikel Kerusi Pujut: S'wak rayu di mahkamah persekutuan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kerusi Pujut: S'wak rayu di mahkamah persekutuan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/kerusi-pujut-swak-rayu-di-mahkamah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerusi Pujut: S'wak rayu di mahkamah persekutuan"

Catat Ulasan

Loading...