Loading...

"Putera Mahkota Saudi" Pertahan Israel, "Punyai Hak" Wujud Negara Sendiri !

Loading...
"Putera Mahkota Saudi" Pertahan Israel, "Punyai Hak" Wujud Negara Sendiri ! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk "Putera Mahkota Saudi" Pertahan Israel, "Punyai Hak" Wujud Negara Sendiri !, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : "Putera Mahkota Saudi" Pertahan Israel, "Punyai Hak" Wujud Negara Sendiri !
link : "Putera Mahkota Saudi" Pertahan Israel, "Punyai Hak" Wujud Negara Sendiri !

Baca juga


"Putera Mahkota Saudi" Pertahan Israel, "Punyai Hak" Wujud Negara Sendiri !


WASHINGTON: Berbeza dengan pendirian negara sebelum ini, Arab Saudi berkata Israel mempunyai hak untuk wujud sebagai sebuah negara sendiri, dalam temu bual dengan majalah Amerika Syarikat The Atlantic, semalam.

Arab Saudi dan Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi, tetapi di belakang tabir, kedua-dua negara semakin rapat sejak beberapa tahun ini.

Kedua-dua negara melihat Iran sebagai ancaman terbesar dengan AS sebagai sekutu utama mereka, selain bersetuju tentang bahaya kumpulan pelampau Islam bersenjata.

Konflik Israel-Palestin menjadi penghalang penting terhadap hubungan baik 2 negara itu, dengan Arab Saudi masih menyokong hak dan kedaulatan Palestin.

Bagaimanapun kini, Putera Mahkota Mohammed bin Salman, seolah-olah meletakkan tuntutan kedua-dua pihak ke atas wilayah itu pada aras yang sama.

Beliau disoal sama ada “orang Yahudi berhak ke atas sebuah negara-bangsa sendiri, sekurang-kurangnya di sebahagian daripada tanah nenek moyang mereka”.

“Saya percaya setiap kumpulan manusia, di mana-mana pun, mempunyai hak untuk hidup aman di negara mereka,” katanya, yang kini dalam lawatan 3 minggu ke AS.

“Saya percaya orang Palestin dan Israel berhak ke atas tanah mereka,” katanya.

“Tetapi kita mesti mempunyai perjanjian damai bagi memastikan kestabilan semua pihak dan mencapai hubungan (diplomatik) biasa.”

Sejak 2002, Arab Saudi merupakan penaja utama Pelan Damai Arab yang bermatlamatkan penyelesaian dua-negara terhadap konflik Iarael-Palestin.

Bagaimanapun tiada pegawai kanan Arab Saudi sebelum ini yang direkodkan menerima bahawa Israel mempunyai “hak” ke atas mana-mana tanah di situ, selain daripada keperluan menjamin persetujuan yang berkekalan.

Sekiranya Mohammed Salman benar-benar berjaya menggantikan ayahnya, Raja Salman, di takhta kerajaan, beliau juga akan mengambil peranan sebagai penjaga Tanah Suci Mekah dan Madinah.

Bercakap kepada The Atlantic, beliau berkata tidak mempunyai “apa-apa hujah agama untuk menghalang” penduduk Israel hidup bersama-sama rakyat Palestin selagi Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa terpelihara.

“Kita bimbang akan keselamatan masjid suci itu dan hak rakyat Palestin,” katanya.

“Ini milik kita. Kita tiada bantahan terhadap orang lain.” #sumber


Thus Article "Putera Mahkota Saudi" Pertahan Israel, "Punyai Hak" Wujud Negara Sendiri !

Itulah artikel "Putera Mahkota Saudi" Pertahan Israel, "Punyai Hak" Wujud Negara Sendiri ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel "Putera Mahkota Saudi" Pertahan Israel, "Punyai Hak" Wujud Negara Sendiri ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/putera-mahkota-saudi-pertahan-israel.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to ""Putera Mahkota Saudi" Pertahan Israel, "Punyai Hak" Wujud Negara Sendiri !"

Catat Ulasan

Loading...