Loading...

Cadangan Anwar sukar, kata BERSATU

Loading...
Cadangan Anwar sukar, kata BERSATU - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Cadangan Anwar sukar, kata BERSATU, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Cadangan Anwar sukar, kata BERSATU
link : Cadangan Anwar sukar, kata BERSATU

Baca juga


Cadangan Anwar sukar, kata BERSATU

Alyaa Azhar  


Cadangan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar pengerusi Pakatan Harapan bertindak selaku penyelaras tanpa peranan eksekutif akan menjadi sukar untuk dilaksanakan.

Demikian dinyatakan Ketua Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff.

"Agak sukar mempunyai seorang pengerusi yang tidak mempunyai peranan eksekutif, saya fikir apa yang dimaksudkan oleh Anwar ialah bagaimana untuk membina konsensus dalam perbincangan, yang boleh diterima dalam sebuah parti demokratik," katanya kepada Malaysiakini.

Merujuk kepada BERSATU, Rais menegaskan bahawa sebagai pengerusi, Tun Dr Mahathir Mohamad membenarkan ruang bagi semua anggota majlis tertinggi untuk menyatakan pandangan mereka.

"Dia tidak kata: Kamu mesti lakukan seperti yang saya katakan."

Menekankan pentingnya struktur berasaskan konsensus, ini juga akan memastikan bahawa akan ada semak dan imbang, katanya.

"Dan tidak seorang pun atau ada parti yang dominan seperti yang sedang berlaku kepada Umno.

"Kami dalam BERSATU sangat berhati-hati memastikan kami tidak mengulangi kesilapan di mana seseorang menjadi terlalu kuat pada akhirnya sehingga menjejaskan negara dengan begitu teruk," katanya.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Anwar berkata beliau tidak mahu Pakatan Harapan (HARAPAN) mencalonkannya sebagai perdana menteri dan menggesa BERSATU menimbang semula cadangan mengisi kedua-dua jawatan pengerusi dan presiden dalam gabungan itu.

Rais berkata isu BERSATU mahu mengisi jawatan pengerusi dan presiden HARAPAN tidak timbul kerana parti itu hanya mencadangkan satu orang.

"Jadi saya tidak melihat isu BERSATU mengawal dua jawatan tertinggi," katanya.

Beliau berkata, matlamat BERSATU kini adalah untuk menentukan "apa yang rakyat inginkan" dan mencari formula yang betul bagi parti itu.



Thus Article Cadangan Anwar sukar, kata BERSATU

Itulah artikel Cadangan Anwar sukar, kata BERSATU Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Cadangan Anwar sukar, kata BERSATU dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/cadangan-anwar-sukar-kata-bersatu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Cadangan Anwar sukar, kata BERSATU"

Catat Ulasan

Loading...