Loading...

Pahang lebur Happy Valley

Loading...
Pahang lebur Happy Valley - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pahang lebur Happy Valley, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pahang lebur Happy Valley
link : Pahang lebur Happy Valley

Baca juga


Pahang lebur Happy Valley



ARKIB : 21/04/2005

Pemain Pahang, Bernard Samuel (kiri) berebut bola dengan pemain pertahanan Happy Valley (Hong Kong), Ambassa Guy pada perlawanan Piala AFC di Stadium Darul Makmur, Kuantan, semalam. Pahang menang 3-1.

KUANTAN - Stadium Darul Makmur bergema dengan sorakan ceria 15,000 penyokong apabila Pahang menepati ramalan menumpaskan wakil Hong Kong, Happy Valley 3-1 dalam pusingan kedua Piala AFC di sini, semalam lapor Arshad Khan.

Kemenangan ini menebus kehampaan skuad Tok Gajah yang seri 1-1 dengan Happy Valley pada pertemuan pusingan pertama di Stadium Mongkok Hong Kong, pada 6 April lalu.

Kejayaan Pahang kembali menghidupkan peluang untuk memburu tempat ke separuh akhir dengan memungut tujuh mata daripada empat perlawanan.

Selepas ini Pahang akan berdepan dengan Home United dari Singapura (6 Mei) dan menentang New Radiant dari Maldives (25 Mei).

Walaupun dikejutkan pada minit ke-21 setelah penyerang berbisa Happy Valley, Fabio Lopes AlCantara menyempurnakan cantik bola leretan rakannya.

Tersentak dengan gol awal pelawat Pahang mengatur gerakan cantik dan bangkit kembali dengan gol penyamaan menerusi pemain tengah, Muhd. Zulkifli Mohd Yusoff hanya tiga minit selepas itu.

Gol Zulkifli itu menjadi pembakar semangat apabila Pahang terus mempamerkan aksi paling menarik.

Pada minit ke-29, pemain importnya Samuel Bernard Tchoutang menjaringkan gol kedua menghukum kesilapan penjaga gol Happy Valley, Chun Yip Fan yang gagal menangkap kemas bola di hadapan pintu golnya.

Pelawat terus tenggelam dengan asakan bertali arus anak didik Zainal Abidin Hassan dan pada minit ke-52 Indra Putra Mahayuddin tidak mensia-siakan peluang menarik menerusi sepakan lambung yang mengelirukan untuk menambah gol ketiga Pahang.

Pahang mendapat peluang keemasan untuk menambahkan jaringan pada minit ke-62, namun tolakan Norhafiz Zamani Misbah kepada Mohd Fadzli Saari terkena pemain lawan dan bola melantun keluar

sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2sb4yGm
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Pahang lebur Happy Valley

Itulah artikel Pahang lebur Happy Valley Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pahang lebur Happy Valley dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/pahang-lebur-happy-valley.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pahang lebur Happy Valley"

Catat Ulasan

Loading...