Loading...

Ramkarpal: Beku Akaun, Kenapa "Pengarah JSJ" Tidak Di Gantung Tugas ?

Loading...
Ramkarpal: Beku Akaun, Kenapa "Pengarah JSJ" Tidak Di Gantung Tugas ? - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ramkarpal: Beku Akaun, Kenapa "Pengarah JSJ" Tidak Di Gantung Tugas ?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ramkarpal: Beku Akaun, Kenapa "Pengarah JSJ" Tidak Di Gantung Tugas ?
link : Ramkarpal: Beku Akaun, Kenapa "Pengarah JSJ" Tidak Di Gantung Tugas ?

Baca juga


Ramkarpal: Beku Akaun, Kenapa "Pengarah JSJ" Tidak Di Gantung Tugas ?


KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat DAP mempersoalkan polis kenapa tidak menggantung tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, susulan pembekuan akaun hampir RM1 juta di Australia.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh berkata tindakan sepatutnya diambil terhadap Najmuddin bagi mengelakkan sistem negara rosak.

“Saya nak tanya menteri kenapa beliau tak digantung, beliau adalah seorang pegawai polis paling kanan di negara ini.

“Beliau ialah ketua JSJ, bukan itu sahaja, kita perlu tanya apakah tujuan atau kenapa ketua JSJ tidak menuntut (wang itu),” katanya di Dewan Rakyat.

Pada 2 Mac lalu, Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan polis Australia membekukan akaun bank Najmuddin dengan simpanan sebanyak A$320,000 (RM970,000).

Polis Australia mengesyaki “kemasukan wang tunai mencurigakan” dalam akaun “Goal Saver” Bank Commonwealth milik Najmuddin yang tidak aktif selepas dibuka pada 2011.

Menurut laporan itu, kemasukan wang kurang daripada A$10,000 bermula seminggu selepas Najmuddin melawat Australia pada 2016.

SMH melaporkan baki akaun Najmuddin bertambah hampir A$290,000 kepada A$320,000 dalam tempoh sebulan, menyebabkan pihak berkuasa mengesyaki wang itu adalah hasil kegiatan jenayah atau pengubahan wang haram.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bagaimanapun membersihkan nama Najmuddin daripada sebarang salah laku pada 2016 berdasarkan dokumen membuktikan dana dalam akaun bank di Australia itu hasil daripada jualan rumah di Shah Alam bernilai RM700,000 (kadar tukaran mata wang ketika itu berjumlah A$260,770).

Pada 8 Mac lalu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Najmuddin sepatutnya kekal dan tidak perlu mengambil cuti kerana beliau mengikut semua prosedur ditetapkan.

Dua hari sebelum itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor memulakan siasatan ke atas Najmuddin berhubung pembekuan akaun hampir RM1 juta di Australia.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dilaporkan berkata, siasatan dimulakan selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang pemberi maklumat, tetapi beliau enggan mendedahkan identiti pemberi maklumat itu yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.


Thus Article Ramkarpal: Beku Akaun, Kenapa "Pengarah JSJ" Tidak Di Gantung Tugas ?

Itulah artikel Ramkarpal: Beku Akaun, Kenapa "Pengarah JSJ" Tidak Di Gantung Tugas ? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ramkarpal: Beku Akaun, Kenapa "Pengarah JSJ" Tidak Di Gantung Tugas ? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/ramkarpal-beku-akaun-kenapa-pengarah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ramkarpal: Beku Akaun, Kenapa "Pengarah JSJ" Tidak Di Gantung Tugas ?"

Catat Ulasan

Loading...