Loading...

Khairy: Mahathir Cuba "Tulis Semula Sejarah" Lepas Menyesal Pecat Anwar

Loading...
Khairy: Mahathir Cuba "Tulis Semula Sejarah" Lepas Menyesal Pecat Anwar - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Khairy: Mahathir Cuba "Tulis Semula Sejarah" Lepas Menyesal Pecat Anwar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Khairy: Mahathir Cuba "Tulis Semula Sejarah" Lepas Menyesal Pecat Anwar
link : Khairy: Mahathir Cuba "Tulis Semula Sejarah" Lepas Menyesal Pecat Anwar

Baca juga


Khairy: Mahathir Cuba "Tulis Semula Sejarah" Lepas Menyesal Pecat Anwar


SHAH ALAM: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang cuba menyalahkan polis atas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada barisan Kabinet 20 tahun lepas, seperti “mahu menulis semula sejarah”.

Beliau berkata kenyataan yang dikeluarkan pengerusi Pakatan Harapan itu juga ibarat mahu mengelak sindrom “meludah ke langit terpercik ke muka sendiri” apabila kedua-duanya kini bekerjasama sebagai pembangkang.

“Disebabkan sekarang beliau (Dr Mahathir) bekerjasama dengan Anwar, maka beliau terpaksa tukar cerita (tentang pemecatan Anwar olehnya ketika menjadi perdana menteri) dengan menyalahkan pula polis.

“Dalam buku biografinya bertajuk ‘A Doctor In The House’, beliau menyatakan, – I have made many mistakes but removing Anwar was not one of them (Saya membuat banyak kesilapan tetapi menyingkirkan Anwar bukan satu daripadanya). Ini beliau (Dr Mahathir) sendiri yang tulis,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah Pertandingan Golf Amal 2018 anjuran Persatuan Jaksa Pendamai (JP) Selangor hari ini.

Justeru itu, beliau berkata rakyat sepatutnya lebih bijak menilai senario politik tersebut apabila sesetengah pihak cuba mewujudkan sejarah versi baharu dengan memuatkan kisah terkini.

Pada Selasa lepas, portal berita Free Malaysia Today melaporkan Dr Mahathir sebagai berkata tindakannya memecat Anwar adalah satu perbuatan yang salah sepanjang mentadbir negara selama 22 tahun.

Lapor portal berita itu lagi, pengerusi PPBM tersebut turut menyatakan yang beliau terpaksa memecat Anwar kerana tiada pilihan lain selepas polis menyerahkan semua bukti mengenai salah laku ketua umum PKR terbabit kepadanya pada 1998.

Dalam pada itu, berhubung pertandingan golf amal itu, Presiden JP Selangor Datuk Dr Mohd Karim Abdullah Omar berkata dana sebanyak RM200,000 berjaya dikumpulkan dan akan disalurkan untuk membantu rumah kebajikan dan anak yatim.

“Ini merupakan acara tahunan yang sudah masuk tahun ke-4 penganjurannya. Kita lakukan untuk kumpul dana bagi membantu golongan memerlukan dan JP Selangor akan berusaha menganjurkan lebih banyak acara seumpamanya demi menyantuni rakyat,” katanya.

Seramai 120 peserta terdiri daripada wakil korporat, pertubuhan bukan kerajaan dan pemain golf amatur menyertai pertandingan amal tersebut. #sumber


Thus Article Khairy: Mahathir Cuba "Tulis Semula Sejarah" Lepas Menyesal Pecat Anwar

Itulah artikel Khairy: Mahathir Cuba "Tulis Semula Sejarah" Lepas Menyesal Pecat Anwar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Khairy: Mahathir Cuba "Tulis Semula Sejarah" Lepas Menyesal Pecat Anwar dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/khairy-mahathir-cuba-tulis-semula.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Khairy: Mahathir Cuba "Tulis Semula Sejarah" Lepas Menyesal Pecat Anwar"

Catat Ulasan

Loading...