Loading...

Dakwaan polis terpaksa cari pendapatan sampingan akan disiasat - TPM

Loading...
Dakwaan polis terpaksa cari pendapatan sampingan akan disiasat - TPM - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dakwaan polis terpaksa cari pendapatan sampingan akan disiasat - TPM, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dakwaan polis terpaksa cari pendapatan sampingan akan disiasat - TPM
link : Dakwaan polis terpaksa cari pendapatan sampingan akan disiasat - TPM

Baca juga


Dakwaan polis terpaksa cari pendapatan sampingan akan disiasat - TPM

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan siasatan dilakukan berhubung dakwaan bahawa polis terutama di peringkat daerah terpaksa mencari 'pendapatan sampingan' bagi meraikan pihak atasan.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia dan Cawangan Khas untuk mendapatkan maklumat berhubung perkara tersebut.

Beliau berkata jika perkara seumpama itu benar-benar berlaku, maka ia satu perbuatan kurang cerdik.

"Jika mereka tidak mempunyai sumber kewangan, mereka boleh beritahu keadaan sebenar, jangan gunakan alasan tidak cerdik untuk pertahankan diri," katanya ketika berucap pada majlis penutup Kembara Media Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, pada Ahad.

Turut hadir Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abd Wahab.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan amalan mencari ''pendapatan sampingan'' itu dilakukan kerana pegawai atasan meminta ''tajaan'' daripada mereka.

Pada sidang media kemudian, Ahmad Zahid berkata dakwaan amalan rasuah dalam kalangan segelintir anggota polis perlu dibanteras bagi memperbetulkan persepsi negatif masyarakat terhadap PDRM.

Timbalan perdana menteri berkata beliau juga akan berbincang dengan kementerian lain bagi membersihkan agensi penguatkuasaan daripada amalan rasuah.

"Kepercayaan rakyat harus dikembalikan terhadap agensi-agensi penguatkuasaan...nila-nila setitik dua yang merosakkan susu sebelanga ini perlu dihapuskan," tegasnya.

Menggunakan anologi penyakit diabetes, Ahmad Zahid berkata lazimnya anggota badan yang terjejas dengan penyakit itu akan dipotong bagi mengelak ia merebak ke anggota badan lain.

"Mungkin itulah kaedah terbaik yang boleh dilakukan oleh KDN dan lain-lain kementerian serta jabatan yang mempunyai agensi penguatkuasaan," katanya.

Sementara itu, 84 pengamal media membabitkan 21 kenderaan menyertai program mencari harta karun Kembara Media KDN itu, yang bertujuan memperkenalkan dasar, fungsi dan peranan kementerian kepada orang ramai, selain mengeratkan hubungan dengan pihak media.

Program julung kali diadakan itu melibatkan peserta daripada pelbagai organisasi media antaranya Bernama; Radio Televisyen Malaysia (RTM); Bernama News Channel; Media Prima; Astro Awani; Malay Mail; The Sun; Sinar Harian; The Star dan Utusan Malaysia.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rGh94U

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Dakwaan polis terpaksa cari pendapatan sampingan akan disiasat - TPM

Itulah artikel Dakwaan polis terpaksa cari pendapatan sampingan akan disiasat - TPM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dakwaan polis terpaksa cari pendapatan sampingan akan disiasat - TPM dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/dakwaan-polis-terpaksa-cari-pendapatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dakwaan polis terpaksa cari pendapatan sampingan akan disiasat - TPM"

Catat Ulasan

Loading...