Loading...

Ibu terkilan anak tidak sempat jamah masakannya

Loading...
Ibu terkilan anak tidak sempat jamah masakannya - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ibu terkilan anak tidak sempat jamah masakannya, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ibu terkilan anak tidak sempat jamah masakannya
link : Ibu terkilan anak tidak sempat jamah masakannya

Baca juga


Ibu terkilan anak tidak sempat jamah masakannya

KUALA LUMPUR: "Luluh hati saya melihat mayat anak, Nazirul Nasyat apabila tiba di tempat kejadian. Pemergiannya dalam sekelip mata sehinggakan tak sempat makan sup ayam yang diminta arwah sebelum kejadian," keluh ibunya Norazian Md Zain.

Dalam kejadian kira-kira 1.10 tengah hari, Muhammad Nazirul Nasyat Mat Isa yang berusia sembilan tahun maut Jumaat lepas selepas jatuh dari tingkat 10 Pangsapuri Mawar, Selayang Mulia, Gombak.

Norazian, 37, tidak menyangka hasrat menjamah sup ayam merupakan permintaan terakhir anak ketiga daripada empat adik beradik itu.

"Masa kejadian, saya baru sahaja pulang dari sekolah selepas ambil kakaknya dalam pukul 1 tengah hari. Kira-kira dua ke tiga minit masuk rumah, saya terkejut apabila jiran datang memberitahu perkara itu dan saya terus bergegas ke tempat kejadian.

"Pada sebelah pagi, selepas bangun arwah terus tenung saya dan ayahnya... saya pun tanya kepadanya kenapa, tapi dia diam sahaja. Dia juga tidak berkelakuan pelik selain tiada selera makan dan minum disebabkan demam," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di sini pada Ahad.

Sementara itu, bapanya Mat Isa Mohd Wadi, 41, seorang jurujual berkata beliau tidak menyangka kejadian itu akan berlaku kerana anak tunggal lelakinya sering diingatkan tentang perihal bahaya memanjat tembok.

"Masa kejadian, saya ada di rumah sebab ketika itu saya pun demam. Saya memang tak perasan waktu mana dia keluar dari rumah.

"Jarang dia pergi main di kawasan itu (dari tempat arwah jatuh), bagi saya tak mustahil dia dengan sendirinya panjat tembok itu sebab ia lebih tinggi daripada arwah," katanya sambil memberitahu anaknya itu menyimpan hasrat membeli ''punching bag'' dengan duit tabungnya sendiri.

Meskipun masih bersedih, beliau reda dengan pemergian anaknya. Keluarganya turut diziarahi Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar di kediaman mereka hari ini.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rFUKEL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Ibu terkilan anak tidak sempat jamah masakannya

Itulah artikel Ibu terkilan anak tidak sempat jamah masakannya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ibu terkilan anak tidak sempat jamah masakannya dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/ibu-terkilan-anak-tidak-sempat-jamah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ibu terkilan anak tidak sempat jamah masakannya"

Catat Ulasan

Loading...