Loading...

Moody's turunkan penarafan Petronas kepada - ve bahana pentadbiran PH

Loading...
Moody's turunkan penarafan Petronas kepada - ve bahana pentadbiran PH - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Moody's turunkan penarafan Petronas kepada - ve bahana pentadbiran PH, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Moody's turunkan penarafan Petronas kepada - ve bahana pentadbiran PH
link : Moody's turunkan penarafan Petronas kepada - ve bahana pentadbiran PH

Baca juga


Moody's turunkan penarafan Petronas kepada - ve bahana pentadbiran PH

Kerajaan BN di bawah saya tinggalkan rizab tunai yang besar dalam Petronas kepada kerajaan PH.

Rizab tunai Petronas meningkat kepada hampir RM180 bilion pada akhir Jun 2018 berbanding RM128.2 bilion pada tiga bulan lalu iaitu pada penghujung 2017.

Peningkatan ini adalah berikutan harga minyak yang memberangsangkan selain dari penerimaan bayaran dari pelaburan Aramco Saudi bagi projek RAPID Pengerang.

Rizab tunai Petronas masa PH mengambil alih kerajaan adalah jauh lebih tinggi berbanding tahun 2008 semasa saya mula bertugas sebagai menteri kewangan.

Pada ketika pentadbiran saya, saya amat teliti dalam memastikan Petronas tidak perlu membayar dividen kepada kerajaan melangkaui keperluan kerana saya mahu memastikan mempunyai imbangan tunai mencukupi bagi memenuhi pelan pengembangan dalam sektor perniagaan utama dan hiliran bagi menjadi sebuah syarikat tenaga berintegrasi bertaraf dunia.

Hasilnya, baki tunai Petronas telah meningkat secara signifikan dan syarikat ini berupaya membuat pelaburan serta berkembang untuk melaksanakan projek bersifat ‘game changer’ seperti projek RAPID Pengerang, Projek Integrasi Minyak dan Gas Sabah Sarawak (SSIOGP) dan projek Amonia dan Urea Sabah (Samur).

Pada masa itu, Petronas turut diberi ruang kebebasan untuk membuat pelaburan dalam projek huluan yang besar di Malaysia dan di merata tempat di dunia seperti Kanada, Iraq dan Brunei.

Pelaburan-pelaburan ini akan berupaya menghasilkan dividen yang tinggi bagi Petronas serta Malaysia bagi jangka masa panjang. Kita melabur untuk memastikan manfaat bagi jangka masa panjang.

Kerajaan PH baru-baru ini telah menyatakan pemansuhan GST akan dibiayai dengan meminta Petronas, Khazanah dan BNM untuk membuat bayaran dividen yang lebih tinggi kepada kerajaan. Bagaimanapun pendekatan ini adalah rapuh (not sustainable) dan bakal mengorbankan jangka masa panjang hanya untuk pembiayaan jangka masa pendek.

Keuntungan Petronas juga bergantung kepada harga minyak dan gas dunia yang terletak di luar kawalannya. Kebergantungan yang keterlaluan terhadap harga minyak yang tinggi sepatutnya dielakkan. 

Walaupun harga minyak dunia sekarang agak tinggi berbanding jangkaan dalam bajet 2018 saya, kita perlu menjaga jika harga minyak jatuh lagi seperti kejatuhan sebanyak 80% yang berlaku pada tahun 2014 dan 2015.

Pada akhir bulan Mei lalu, saya pernah mohon kerajaan PH untuk terus memberi ruang dan modal yang cukup besar kepada Petronas supaya mereka boleh terus memenuhi visi mereka dan bukannya menjarah dana Petronas atau bagi misi ‘bail-outs" sebagaimana dilakukan ketika pentadbiran PM ke-4 dulu.

Tetapi, PH tidak hirau saya. 

Selepas mengambil alih, PH umum mereka sedang dan akan ambil dana sebanyak RM82 bilion dari Petronas untuk tahun 2018 dan tahun ini.

Akibatnya,  syarikat penarafan kredit antarabangsa Moody's telah menjatuhkan unjuran penarafan Petronas kepada negatif daripada stabil pada bulan November lalu.

http://bit.ly/2GrtofE

Oleh :Najib Razak 


Thus Article Moody's turunkan penarafan Petronas kepada - ve bahana pentadbiran PH

Itulah artikel Moody's turunkan penarafan Petronas kepada - ve bahana pentadbiran PH Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Moody's turunkan penarafan Petronas kepada - ve bahana pentadbiran PH dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/02/moodys-turunkan-penarafan-petronas.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Moody's turunkan penarafan Petronas kepada - ve bahana pentadbiran PH"

Catat Ulasan

Loading...