Loading...

[DULU BAHAN FITNAH] DAP berkunjung ke Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (QCMIP) di bandar Qinzhou

Loading...
[DULU BAHAN FITNAH] DAP berkunjung ke Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (QCMIP) di bandar Qinzhou - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [DULU BAHAN FITNAH] DAP berkunjung ke Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (QCMIP) di bandar Qinzhou, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [DULU BAHAN FITNAH] DAP berkunjung ke Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (QCMIP) di bandar Qinzhou
link : [DULU BAHAN FITNAH] DAP berkunjung ke Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (QCMIP) di bandar Qinzhou

Baca juga


[DULU BAHAN FITNAH] DAP berkunjung ke Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (QCMIP) di bandar Qinzhou


Satu rombongan yang diketuai oleh Pengerusi DAP Tan Kok Wai sebagai Duta Khas bertaraf Menteri kepada negara China, telah berkunjung ke Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (QCMIP) di bandar Qinzhou di negara China minggu lepas.

Beliau berkata dia sangat kagum dengan pembangunan pesat di QCMIP ini yang saya lancarkan pada tahun 2012.

QCMIP merupakan Taman Perindustrian berkembar dengan Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) di Kuantan.


Sebelum PRU14, saya banyak difitnah oleh PH dengan isu MCKIP.

Selepas PRU14, tembok yang didakwa kononnya mengelilingi seluruh MCKIP telah dijelaskan oleh Timbalan Menteri PH bahawa ianya hanya mengelilingi kilang besi Alliance Steel dan bukan seluruh taman perindustrian.

Tembok ini yang menjadi tumpuan video dan selfie PM ke-4 masih wujud dan tidak lagi menjadi isu untuk PH.

Timbalan Menteri PH ini juga mengakui bahawa ramai dari kawasan parlimen beliau menghargai peluang pekerjaan di MCKIP dan tidak mahu pekerjaan mereka terjejas.

Satu lagi propaganda fitnah PH sebelum PRU14 ialah papan tanda "Jalan Qinzhou" di MCKIP.

Gambar ini ditular dengan meluas oleh jentera propaganda PH dan saya juga telah dicaci teruk terutama dari orang Melayu, kononnya saya telah menjual negara sehingga nama jalan pun mesti menggunakan nama bersempena negara China.

Kebenarannya ialah, MCKIP merupakan Taman Perindustrian berkembar dengan QCMIP di bandar Qinzhou di negara China yang di lawat oleh pengerusi DAP itu minggu lepas.

Perjanjian persefahaman Taman Perindustrian berkembar ini juga melibatkan satu jalan di bandar Qinzhou dinamakan Lebuh Kuantan (seperti dalam gambar).

Lebuh bermaksud ‘jalan besar’ dan Lebuh Kuantan di QCMIP ini jauh lebih besar dari Jalan Qinzhou di MCKIP.

Kita namakan satu jalan di MCKIP Kuantan dengan nama Qinzhou dan mereka namakan satu jalan di QCMIP dengan nama Kuantan.

MCKIP dimiliki oleh Malaysia dengan pegangan 51% saham manakala syarikat-syarikat dari China dengan 49%.

CMQIP pula dimiliki oleh China dengan 51% pegangan saham dan 49% oleh Malaysia dengan keluasan tiga kali ganda lebih besar daripada MCKIP di Kuantan.

CMQIP kini juga sangat berjaya dan hasil pengeluaran kilang-kilang di sana telah mencecah RMB10 billion (RM6 bilion) untuk tahun 2017 sahaja.

Jika kita arif dalam matematik, sudah tentu kita faham bahawa memiliki 50% tapak perindustrian untuk pasaran 1.4 bilion orang adalah lebih baik dari memiliki 100% untuk pasaran 30 juta orang sahaja.

Tetapi saya tidak pernah didakwa telah "membeli" negara China.

Saya cuma mahu menambah kekayaan untuk negara dengan kita memiliki 49% taman gergasi QCMIP di China dan membangunkan bandar Kuantan serta menambah peluang perkerjaan untuk anak-anak tempatan.

Itulah kebenarannya.

Tetapi saya tidak pernah sangka saya boleh difitnah dan dimaki seteruk itu sebelum PRU14 tentang isu MCKIP ini.

Oleh : Najib Razak


Thus Article [DULU BAHAN FITNAH] DAP berkunjung ke Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (QCMIP) di bandar Qinzhou

Itulah artikel [DULU BAHAN FITNAH] DAP berkunjung ke Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (QCMIP) di bandar Qinzhou Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [DULU BAHAN FITNAH] DAP berkunjung ke Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (QCMIP) di bandar Qinzhou dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/02/dulu-bahan-fitnah-dap-berkunjung-ke.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[DULU BAHAN FITNAH] DAP berkunjung ke Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (QCMIP) di bandar Qinzhou"

Catat Ulasan

Loading...