Loading...
Tajuk : Makan ulam kalau nak awet muda? Wow, bestnya.
link : Makan ulam kalau nak awet muda? Wow, bestnya.
Makan ulam kalau nak awet muda? Wow, bestnya.
Makan ulam kalau nak awet muda? Wow, bestnya. | Assalamualaikum wbt. Cikla ni boleh dikatakan 'hantu' ulam gak laa. Kalau makan tu, sebolehnya mesti ada ulam. Baru selera bertambah. Hihi. Sesilap haribulan bertambah nasi berpinggan-pinggan. Keh.
Korang tau tak, ada orang cakap nak awet muda senang je. Makan ulam bebanyak. Betul ke tidak tu?
Tapi macam betul gak la. Sebab, tengok mak mak tok nek kita. Kebanyakan dari mereka menten muda, sihat lagi. Masih boleh buat kerja yang orang muda buat. Ada yang masih gagah perkasa lagi. Kalah orang muda. Hihi.
Cuba korang tanya rahsia diaorang yang dah berusia ni tapi nampak awet muda. Mesti salah satu jawapan diaorang adalah amalan mereka adalah suka makan ulam atau sayur. Betul tak?
Amalan mereka itu pulak bukan mereka buat sehari dua tau, tapi selalunya sejak zaman muda lagi. Zaman berzaman kata orang. Dah sebati dalam diri. Jadi kebiasaan dah.
Ulam ni sebenarnya bukan sekadar melancarkan proses penghadaman dan pencernaan kita je tau, tapi ia sangat berkat rapat dengan kesihatan serta kecantikan kulit wajah gak tau.
Kalau korang nak tau, kebanyakan sayur dan ulaman ni mengandungi vitamin C yang penting untuk penghasilan kolegan. Kolegan pulak penting untuk menjadikan kulit lebih elastik dan mengurangkan kedutan di wajah.
Selain itu, kebanyakan sayuran termasuk ulama jugak mengandungi karotenoid seperti beta karotin yang mana ia berfungsi melindungi kulit dari kesan sinar matahari dan radikal bebas. Kesan inilah yang menjadi punca berlakunya penuaan kulit.
Senarai ulaman yang boleh diamalkan untuk awet muda. Apa dia tu, jom baca.
Makan ulam kalau nak awet muda? Wow, bestnya. Gambar diubahsuai dari carian Google. |
Pegaga adalah ulam yang paling mudah didapati dan diamalkan. Ia biasa dijadikan jus atau kerabu. Ada juga yang mengamalkan meminum rebusan pegaga yang dikatakan boleh menaikkan seri wajah. Makan me tah gitu pun boleh.
Ulam raja selalunya boleh terus dimakan mentah selepas dicuci bersih. Ada yang mengatakan ia sangat elok diamalkan oleh ibu berpantang. Antara khasiat ulam raja adalah ia dikatakan boleh membantu meremajakan kulit. Bestnya!
Jantung pisang, perlu dicelur atau direbus dulu sebelum dimakan. Tak boleh di makan mentah tau. Haha. Jangan korang bedal pulak mementah kang. Habis bergetah mulut. Keh. Jantung pisang dikatakan mengandungi serat yang tinggi dan boleh mengelakkan sembelit.
Daun selom ni rupa dia macam pegaga. Kalau dekat kedai makan banyak lah. Senang jumpa. Daun selom dikatakan kaya dengan pelbagai nutrien seperti kalsium dan vitamin C.
Kacang botor atau kelisa boleh dimakan mentah atau dimasak. Kalau cikla, lagi suka buat kerabu. Tapi, kena pilih yang muda lah sebab lebih fresh dan sedap. Ia jugak kaya dengan dengan protein dan mineral.
Timun. Kalau cikla sila lagi timun Jepun. Lagi sedap. Rangup. Kruupp krappp bila kunyah. Makan gitu pun sedap. Yang bestnya ia boleh dimakan dengan apa jugak menu. Timun dikatakan dapat mengatasi masalah sembelit dan gastrik.
Petai. Wah, ini antara ulam yang menjadi kegemaran ramai. Tak kisahlah bau petai tu agak kurang menyenangkan, tapi khasiatnya memang banyak. Antaranya, ia kaya dengan sumber antioksidan dan serat. Yang bestnya, ia boleh dimakan sama ada mentah, direbus atau dibakar tapi kalau nak sedap lagi, dimasak sambal. Wallaaaa.
Makan ulam kalau nak awet muda? Wow, bestnya. Kredit Google. |
Cekur, ulam yang selalu digunakan oleh mak dalam pantang sebab ia dikatakan boleh mengecutkan rahim dan membuang angin.
Bendi rebus, dikatakan boleh menguatkan ingatan dan kecergasan memori selain dari awet muda. Ia juga adalah sumber makanan yang baik untuk mereka yang mengalami masalah sembelit, merawat ulser, mengurangkan darah haid berlebihan, meningkatkan kesuburan, melegakan bengkak dan radang.
Banyak lagi sebenarnya ulaman yang lain yang boleh diamalkan. Tapi, apa yang penting sebaiknya dapatkan nasihat doktor dululah dan amalkan secara sederhana. Itu yang terbaik.
Kredit Group Telegram PetuaDanKesihatan.
Thus Article Makan ulam kalau nak awet muda? Wow, bestnya.
Itulah artikel Makan ulam kalau nak awet muda? Wow, bestnya. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Makan ulam kalau nak awet muda? Wow, bestnya. dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/02/makan-ulam-kalau-nak-awet-muda-wow.html
0 Response to "Makan ulam kalau nak awet muda? Wow, bestnya."
Catat Ulasan