Loading...

Azmin dilantik TPM lepas Raya Cina?

Loading...
Azmin dilantik TPM lepas Raya Cina? - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Azmin dilantik TPM lepas Raya Cina?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Azmin dilantik TPM lepas Raya Cina?
link : Azmin dilantik TPM lepas Raya Cina?

Baca juga


Azmin dilantik TPM lepas Raya Cina?

SINTOK: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri?

Ia hanya cuit-cuit politik yang tidak menganggu sistem pentadbiran Kabinet.

Itu pandangan penganalisis politik, Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani berkaitan penulisan sebuah blog hari ini yang mendakwa Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas Tahun Baharu Cina.

Menerusi tulisan bertajuk “Azmin appointed DPM after CNY?” di laman blog anotherbrickinwall.blogspot.com, ia berkata terdapat khabar angin bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan melantik Mohamed Azmin sebagai timbalannya.


Kata Mohd Azizuddin, ini adalah polemik yang sengaja menghangatkan desas-desus rombakan Kabinet yang dijangka berlaku dalam waktu terdekat.

Katanya, pemimpin serta penyokong Pakatan Harapan sendiri sedia mengetahui kontrak peralihan kuasa di antara Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah termaktub dalam perjanjian.

“Saya melihat ia (tulisan blog) sebagai satu khabar angin. Siapa akan menggantikan (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan siapa akan menggantikan Dr Mahathir pun masih belum tentu lagi. Walaupun ada perjanjian antara Dr Mahathir dan Anwar, namun bila masanya (peralihan kuasa) masih tidak jelas.

“Ura-ura yang menyatakan Mohamed Azmin akan menjadi Timbalan Perdana Menteri mungkin tidak akan berlaku, sehingga ada gambaran daripada peringkat Kerajaan sendiri,” kata Mohd Azizuddin.

Tambahnya, kebijaksanaan penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga sepatutnya mampu menilai hasil tulisan penulis blog itu.

Menerusi catatan blog itu juga, penulis mendakwa Anwar, yang juga Presiden PKR, akan ‘sekali lagi menjadi mangsa fitnah’, namun kali ini tidak melibatkan kes liwat tetapi mungkin berkaitan isu dana amanah.

Desas-desus itu bertiup kencang terutamanya selepas Dr Mahathir memberikan pelbagai tugas penting kepada Mohamed Azmin, termasuk sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan serta kemungkinan mengetuai Majlis Tindakan Ekonomi Negara.


Thus Article Azmin dilantik TPM lepas Raya Cina?

Itulah artikel Azmin dilantik TPM lepas Raya Cina? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Azmin dilantik TPM lepas Raya Cina? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/02/azmin-dilantik-tpm-lepas-raya-cina.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Azmin dilantik TPM lepas Raya Cina?"

Catat Ulasan

Loading...