Loading...

[KECOH CAMPUR TANGAN?] Lantikan Jamil tanpa pengetahuan menteri

Loading...
[KECOH CAMPUR TANGAN?] Lantikan Jamil tanpa pengetahuan menteri - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [KECOH CAMPUR TANGAN?] Lantikan Jamil tanpa pengetahuan menteri, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [KECOH CAMPUR TANGAN?] Lantikan Jamil tanpa pengetahuan menteri
link : [KECOH CAMPUR TANGAN?] Lantikan Jamil tanpa pengetahuan menteri

Baca juga


[KECOH CAMPUR TANGAN?] Lantikan Jamil tanpa pengetahuan menteri

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin beranggapan kerusi Ketua Pengarah Imigresen kosong selepas pelantikan Datuk Jamil Rakon bagi menggantikan Datuk Seri Mustafar Ali dibuat tanpa pengetahuannya. 

"Sebenarnya saya tidak diberitahu mengenai lantikan (Jamil) itu kerana kebiasaanya jika ada kekosongan dalam kementerian, menteri akan dimaklumkan," katanya. 

Justeru katanya, beliau telah mengemukakan nama Datuk Khairul Dzaimee Daud untuk mengisi jawatan itu. 

"Dengan itu, saya kemukakan nama dan mereka bersetuju."Jadi bagi saya tidak jadi masalah," katanya pada sidang media selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu KDN, di sini.

Khamis lalu, Jamil menerima Nota Serah Tugas sebagai Ketua Pengarah Imigresen baharu daripada Mustafar. 

Bagaimanapun semalam, KDN mengumumkan lantikan Khairul Dzaimee berkuatkuasa hari ini.KDN turut mengumumkan kedudukan Jamil dikekalkan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan.

Sementara itu, Khairul Dzaimee ketika ditemui berkata, beliau terkejut dan rasa tercabar dengan tanggungjawab itu."Saya akan buat yang terbaik," katanya yang enggan mengulas spekulasi bahawa lantikannya adalah sebagai kroni.

Khairul Dzaimee sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) kementerian itu sejak Julai 2018 dan berpengalaman dalam bidang pengurusan keselamatan dan imigresen. - Sinar Harian


Thus Article [KECOH CAMPUR TANGAN?] Lantikan Jamil tanpa pengetahuan menteri

Itulah artikel [KECOH CAMPUR TANGAN?] Lantikan Jamil tanpa pengetahuan menteri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [KECOH CAMPUR TANGAN?] Lantikan Jamil tanpa pengetahuan menteri dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/01/kecoh-campur-tangan-lantikan-jamil.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[KECOH CAMPUR TANGAN?] Lantikan Jamil tanpa pengetahuan menteri"

Catat Ulasan

Loading...