Loading...

1MDB: Najib saman Peguam Negara, KP SPRM, Amar Singh

Loading...
1MDB: Najib saman Peguam Negara, KP SPRM, Amar Singh - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 1MDB: Najib saman Peguam Negara, KP SPRM, Amar Singh, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 1MDB: Najib saman Peguam Negara, KP SPRM, Amar Singh
link : 1MDB: Najib saman Peguam Negara, KP SPRM, Amar Singh

Baca juga


1MDB: Najib saman Peguam Negara, KP SPRM, Amar Singh

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memfailkan saman terhadap Peguam Negara Tommy Thomas, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib selaku pemohon memfailkan tiga saman pemula ex-parte (sebelah pihak) secara berasingan di Mahkamah Tinggi di sini pada 30 Jun lepas menerusi Tetuan Badrul Samad Faik & Co, bagi memohon deklarasi bahawa pembabitan ketiga-tiga individu itu selaku responden dalam penyiasatan 1MDB adalah tidak sah dan memprejudiskannya selain memohon kos dan perintah lain yang sesuai oleh mahkamah.
Pengurusan kes itu ditetapkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Norhatini Abd Hamid pada 16 Julai. Media memperoleh salinan saman pemula itu hari ini.
Dalam afidavit sokongan yang dikemukakan bersama saman itu, Najib mendakwa Thomas, semasa belum dilantik sebagai Peguam Negara, telah menulis sebuah artikel bertajuk 'Grand Larceny in 1MDB' pada Julai 2016 dan merumuskan bahawa wang dimasukkan ke akaun peribadi bekas perdana menteri ketika itu adalah wang 1MDB.
Najib mendakwa, pendirian Thomas melalui artikel itu jelas tidak menyukainya dan melahirkan kebimbangannya bahawa Thomas akan mencari jalan untuk mengenakan satu pertuduhan terhadapnya dengan apa alasan sekalipun selain mendakwa Thomas tidak sepatutnya terlibat dalam siasatan 1MDB.
Bagi saman terhadap Mohd Shukri pula, Najib, yang juga bekas presiden UMNO mendakwa Mohd Shukri telah membuat sidang media berhubung SRC International Sdn Bhd sebaik dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dan merumuskan bekas perdana menteri itu menerima sejumlah RM42 juta dan RM2.6 bilion sedangkan ketika itu beliau (Najib) belum dipanggil memberi keterangan di SPRM.
"Kenyataan media dibuat Mohd Shukri berunsur dendam dan lebih malang menggambarkan saya sebagai seorang pesalah. Dengan itu, integriti dan profesionalisme beliau boleh dipertikaikan kerana beliau seharusnya bersikap neutral sehingga siasatan penuh dilakukan tetapi memilih untuk menghukum tanpa asas yang kukuh," kata Najib dalam afidavit sokongannya.
Najib turut mendakwa beliau tidak akan mendapat satu siasatan yang adil dan telus serta percaya sikap yang ditonjolkan Mohd Shukri tidak melayakkan beliau mengetuai pasukan penyiasatan SPRM dan sebagai anggota pasukan petugas khas 1MDB yang ditubuhkan oleh Majlis Penasihat Kerajaan (CEP).
Dalam samannya terhadap Amar Singh, Anggota Parlimen Pekan itu mendakwa serbuan yang dilakukan Amar Singh bersama pasukannya di beberapa premis milik beliau termasuk premis didiami anak-anaknya di Pavilion Residence serta premis yang dipinjam daripada seorang rakan untuk menempatkan barangan yang dipindahkan dari kediaman rasmi di Seri Perdana tidak memenuhi Prosedur Standard Operasi (SOP).
Pemohon turut mendakwa Amar Singh tidak layak untuk menjadi penasihat kepada pasukan penyiasatan khas 1MDB selain mendakwa laporan polis telah dibuat secara berasingan terhadap ketiga-tiga responden (Thomas, Mohd Shukri dan Amar Singh). - BERNAMA


Thus Article 1MDB: Najib saman Peguam Negara, KP SPRM, Amar Singh

Itulah artikel 1MDB: Najib saman Peguam Negara, KP SPRM, Amar Singh Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 1MDB: Najib saman Peguam Negara, KP SPRM, Amar Singh dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/01/1mdb-najib-saman-peguam-negara-kp-sprm.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "1MDB: Najib saman Peguam Negara, KP SPRM, Amar Singh"

Catat Ulasan

Loading...